Saturday 7 November 2009

HARI MEMENATKAN TETAPI SEMUA RANCANGAN MENGIKUT JADUAL

Hari ini perjalanan dari Taiping ke utara memenatkan, tetapi segala perancangan mengikut seperti dirancang. Taiping musim durian dan rambutan mula gugur dan masak. Bau durian begitu meliur, tetapi bagi yang anti durian tentulah meloya dan ada yang migrain sampai tak boleh duduk sebilik. Bagi yang berpenyakit sudah tentu terpaksa mengawal nafsu, kalau makan pasti ubat yang diambil terpaksa dilupakan takut ada kesan sampingan. Sekilo masih lagi mahal RM 5 bagi buah durian yang baik kualiti manakala rambutan RM 3.50 atau RM 10.00 bagi 3 kilo. Semenjak di Taiping hujan setiap petang tetapi ada masanya panas terik jadi dapatlah beriadah di Taiping GR. Lake Town Resort agak lengang pada hari berkerja dan ramai pengunjung di hari minggu. Malam pertama aku terpaksa bertukar bilik sebab pendingin hawa bocor dan habis bilik digenag air, jadi jam 2 pagi terpaksa berpindah bilik sebelah.
sELEPAS MENUNAIKAN SOLAT jUMAAT, perjalan ke utara diteruskan dan jam 4 ptg aku sampai di umah ibu. Malam itu bermalam di umah adik mengziarahi beliau yang masuk hospital menjalani pembedahan. Hari itu dari pagi ramai saudara mara datang, begitu ibu mertuanya serta kakak turut bermalam menguruskan orang sakit. Aku sempat melawat anak sambil makan ayam di Radix Restoren. Kereta kancil anak buah dalamannya warna pink dengan mickey mouse membuat aku memandu dengan agak selamba aje, ramai pandang-pandang mungkin pelik atau ada yang berperangsaka baik mungkin kereta anaknya. Dalam masa yang ada aku dapat juga ke Chgln melawat rakan lama dan minum petang di Roti Bakar Kopitiam. Hampir satu hari aku menyelesaikan tugas sebab ari Ahad aku kena balik ke KL. Alhamdullilah semua rancangan dapat dilaksanakan. Semasa balik dapat juga beli buah durian buat keluarga dan isinya bakpunya. Kalau balik ke K pasti bahulu, kueh peneram dan kueh rose turut jadi buat tangan. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive