Saturday 21 November 2009

SENAMROBIK PAGI AHAD

Setiap pagi pasti aku dan isteri akan ke Taman Rakyat mengikuti senamrobik anjuran MPK jika tidak ada urusan lain. Ramai orang yang beriadah dengan cara ini, disebalik senamrobik ramai pengunjung tetap tionghua pula dengan Wushu, Qingong, senam kipas, pedang, tarian cha-cah, tanggo. Malangnya tidak ada kumpulan melayu dan india bersenam secara berkumpulan. Senamrobik ini boleh dikatakan kehadirannya 50 peratus melayu, 40 cina dan 10 peratus india. Jam 0730 pagi Instructor akan mulakan senamrobik dengan tarian Poco=poco, diikuti lagu-lagu melayu, dangdut, cina, arab, thai, india dan inggeris. Yang seronoknya senamrobik dibuat mengikut rentak lagu-lagu tersebut. Rasa malu atau kekok tak pandai menari boleh diatasi dengan mengikuti senamrobik ini. Terdapat juga yang malu-malu kali pertama dah tak malu lagi apabila sudah beberapa kali hadir. Hari ini pula semuanya tak menjadi dengan senamrobik, kenderaan dari MPK tak dapat masuk kerana laluan dihalang kenderaan parkir dilaluan masuk, jadi terpaksalah ramai-ramai mengubah kereta kancil, setelah dipasang kelengkapan, cordless microphone instructor tak berfungsi dan tengah rancak bersenam muzik terhenti dan hujan renyai-renyai mula turun. Walaupun terdapat gangguan, senamrobik dapat dilaksanakan kerana yang hadir semua dah mahir dengan langkah setiap lagu. Jam 0830 kami balik dan hantar anak ke kelas Alquran semenaara itu aku dan isteri ke pasar (Tesco atau pasar minggu) menanti anak habis kelas jam 1030 pagi. Biasanya kami serapan sebelum balik rumah (lontong, mee jawa, roti canai, tosei/capati). Syabas kepada JL senamrobik yang begitu sabar menjalankan tugas dan dapat juga sekurang-kurangnya berpeluh dipagi minggu. Wasaalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive