Tuesday 7 December 2010

KITAR SEMULA SIRI KETIGA surau AL-HAQQ - 6 DIS 10

Kali ketiga Kitar Semula diuruskan oleh Biro Wanita bagi mengisi tabung untuk aktiviti mereka. Tujuan utama adalah untuk memberi impak kepada kaum ibu yang hadir bagaimana menguruskan program dan pelaksanaanya. Ianya berjaya memberi penerangan bagaimana bahan diasing mengikut jenis, kenapa bahan kotoran dibersih dahulu dirumah, diasing dan hasil jualanbarang buangan (botol, kertas, tin makanan, kertas surat khabar dan besi buruk). Disamping itu, ianya dapat mengumpul ibu-ibu di pagi Sabtu sehingga jam 1230 tghari untuk berkumpul menjayakan aktiviti sosial serta penjagaan alam sekitar. Usaha ini turut dihadiri dan dilawati oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja. Seramai 18 penderma Kitar semula dan 7 ahli baru kali telah turut menyumbang. Kali ini jumlah yang diperolehi adalah sebanyak RM214.60 dengan barangan mengikut gred. Harga dan berat ditimbang seperti berikut
plastic * 43.5 kg x 1.00 = RM 43.50
premium 3* 8 kg (aluminium/tin) x 0.61 = RM 4.88
mix paper * 80 kg x 0.27 = RM 21.60
premium 2 * 97.5kg besi x 0.95 = RM 92.63
Newspaper* 140.5kg x 0.37 = RM 51.99 Jumlah 214.60

Daripada ketiga-tiga Kitar semula (2 Okt, 6 Nov dan 4 Dis) telah memperolehi sebanyak RM613.48 (138.48 +260.48 +214.60)

Usaha dan jualan bulan Jan akan diuruskan oleh Wakil Pemuda AL-Haqq bagi tabung mereka. Jualan pakaian dan barangan lusuh (kasut dan permainan) akan turut dilaksanakan pada awal Jan 2011.



No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive