Wednesday 22 December 2010

SYUKUR DAPAT SIAP SEBELUM TEMPOH

Dah lama tak update blog, sebab sibuk siapkan thesis bahagian terakhir sepanjang bulan Dis. Selepas pre viva di Ipoh, Viva Voce di MPAT pada 15 Dis (Rabu), perjuangan dan burn the midnight candle continues untill 23 Dis 10. Semalam 22 Dis selepas SV tanda tangan, di Victoria Station semuanya beres. Sebelum itu, final discussion for final amendment di Mandrin Oriental (The Grill). Sekembalinya di Lanai G dari VS aku terus membuat pindaan terakhir sehingga jam 230 pagi. Paginya selepas subuh sambung kembali edit dan siap contents thesis, Tepat jam 231300H Dis aku serah thesis kat bilik 19-5 LG kepada Radzi. Yahoo semuanya beres. Kalau semua binding Ok. 31Dis 10, hard cover binding akan diserah pada HOSSIR jam 0900 pagi. Setelah kerja keras selama 2 minggu terakhir ianya benar-benar memerlukan tenaga, keyakinan dan motivasi tinggi dan bertawakal serta menunaikan ibadat solat wajib dan sunat bagi memastikan semuanya in order. Terima kasih pada SV (Prof Z), examiner (Dr Arujunan) , Illah, Has kerana membantu. teristimewa buat isteri tersayang kerana sentiasa disisi memberi sokongan. Dalam wang ringgit bukanya sedikit, kertas, printing, belanja makan, binding, hidden cost paling tidak mau mencecah RM 2,000.00 jadi dapat elaun thesis RM 1,500.00 dah berbaloi. Hadiah paling berharga harilahir adalah siapkan thesis, doa kelahiran dan bacaan Yaasin di Surau Al-Haqq dengan jamuan nasi lemak dan kek pandan sponge 2 kg. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive