Saturday 31 December 2011

IKAN KARIN @ IKAN LAGA DAN KURA-KURA (31 Dis 11) dan RECYCLE

        4 ikan karin dan 1 kura-kura dihadiahkan oleh MZaidi. Semua dimasukan ke dalam balang dan bekas bagi menghias rumah. Seekor jenis merah dengan ekor panjang, 2 warna hitam/biru berkilat dan seekor masih kecil. Kura-kura berlumut dan dibersihkan nampak warna hijau putih dan kelabu. Semua dibersihkan dan diganti air baru dan diberi makan dedak jagung. Semua ini adalah peliharaan tahun 2012 kami merancang bekas dan juga tempat baru untuk ditempatkan disudut rumah.

             Penutup tahun baru, jam 1100 pagi memangkas daun dan mengembur tanah pokok bonsai dan membersihakan tempat recycle untuk dijual, semua bekas botol plastik, kotak, kertas dan tin makanan/minuman hampir 51 .4 kg (tin 1.4kg, 16 kg plastik, kotak 12 kg dan surat khabar 22 kg) barangan lusuh yang disimpan dibersih dan diasingkan sejak bulan Mei 11. Seisi keluarga tahniah kerana semuanya menyumbang dengan memastikan barangan yang dikehendaki dibasuh diasingkan dan dimasukan ke dalam bekas berasingan. sekurang-kurangnya kami berjaya menghidarkan bekas-bekas DI BAWA ke tempat pembuangan sampah atau DIHANYUT ke dalam parit/longkang/sungai atau ke laut. Jumlah bayaran kesemua RM 18.70.  SYABAS TERUTAMANYA PADA WIFE YANG ISTIQAMAH DI DALM MEMASTIKAN RECYCLE BERJALAN DENGAN LANCARNYA. Semua barangan dari dapur dikumpul, dibersih dan diasingkan. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive