Saturday 9 November 2013

MAJLIS WALIMATULURUS

         SEPANJANG BULAN OKT DAN NOV DAN KE BULAN 12, banyak jemputan dan juga terlibat menjayakan majlis anak pada 22 Dis 13. Persiapan telah dibuat sejak dari bulan Sep dengan pembelian kain, baju melayu, barang hantaran, dan bulan Okt dengan penempahan dewan walau asalnya dirancang dibuat di rumah/surau. Barang goodies dibeli pada bulan Ogos dan juga pembelian bekas goodies dan beberapa keperluan. Goodies hampir siap sebanyak 1000 bekas. Tempahan baju pengantin dan mak andam juga dibuat pilihan pada 4 Nov 13. Perbincangan mengenai keperluan dewan dan juga persiapan dewan dibuat selepas hari raya haji setelah mendapat kata putus Perbincangan mengenai persiapan dewan dan katering akan dibuat selepas 23 Nob. Disamping itu checklist juga disediakan dengan gambarajah dan keperluan berkaitan. Kad jemputan juga telah diputuskan dan menunggu siap sebelum 11 Nob dengan RM 1.30 sekeping.  Borang dan dokumentasi borang pernikahan juga telah dilengkapkan dengan mengatur perjumpaan dengan pejabat agama/masjid khariah. Borang pihak lelaki juga diambil pada 4 Nob semasa balik ke Kedah/Perlis seterusnya dibawa ke pejabat masjid Keramat dan seterusnya ke Pej JAWI dengan bayaran RM 25.00. Semuanya disiapkan pada 6 Nob 13 sebelum bergerak ke PD. Ari ni hadir kemajlis walimatulurus anak kSanud di tempat yang akan dilaksanakan nanti dan bertemu dengan M.Nek untuk mesyuarat selepas 2 Nob nanti. semoga majlis nanti berjalan lancar dalam perjalan balik diseberang jalan terdapat hotel Selayang boleh ditempah awal Dis untuk jemputan dari utara pulak. Wasaalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive