Saturday 9 November 2013

SUNGAI LIMAU-SALA

4 Nob 13-pilihanraya kecil Sg Limau dan keesokan harinya pula jatuhnya 1 Muharam bulan Islam-Tahun baru. Walupun hari cuti 1 Muharam tetapi tidak teras peralihan bulan Islam kerana tiada aktiviti besar melibatkan orang ramai hanya beberapa kerat yang dijemput/hadir diri dimajlis anjuran kerajaan atau perbadanan. Cuti panjang sejak hari Sabtu Depavali, Ahad, dan ada ambil cuti tambahan menyebabkan ramai balik kampung. tetapi tidak seramai dijangka kerana gaji telah dibayar awal bulan Okt lagi sempena Raya Haji.Perjalanan pagi Sabtu dilewatkan kerana semasa membuat pemeriksaan sebelum bergerak mendapati tayar kenderaan tertusk paku/skru jadi terpaksa ke Kedai Tayar untuk tampalan dan alang-alang perjalanan jauh terus dibuat servis dan alignment. kena bayaran RM 360.00 sebelum bergerak di atas Highway. Beli top up Smart tag RM 100.00 minyak RM 70.00 perjalanan diteruskan sewaktu matahari hampir tegak dikepala. Mengantuk jadi terpaksa berhenti di beberapa RnR dan seterusnya solat jamak/Qasar di Bkt Merah. Sampai di tol Gurun ke arah Sg Limau sebab nak tengok PRK, sepanjang jalan selepas Guar Cempedak bendera kedua parti dan poster bertamburan dan dipangkalan/UPU masing-masing. Perjalanan semakin perlahan dan semakin sesak apabila sampai di sipang sg Limau, spg Sg Daun, Pdg Lumat dan hampir terhenti apabila 3 km ke Bukit Besar, aku terus mengambil jalan tepi sungai jalan basikal kerana kalau ikut jalan besar pasti mengambil masa panjang. Tekaan aku tepat dengan mengunakan jalan tersebut aku melewati bukit besar dan masuk ke jalan utama dan terlepas kesesakan sehingga ke pekan KSS. Rupa-rupanya sehari sebelum PRK terdapat jualan mesra rakyat dengan tawaran gula milo seringit sekilo begitu beras RM 5 sekilo, macam semutlah orang kerumun. Begitu juga poster syarahan Ustaz Azhar Idrus pada malam 4 di Spg Sedaka dan malam artis pak lawak dengan cabutan bertuah telefon, Ipad bagi menarik pengundi/orang ramai. Kami yang tak termasuk dalam spdn PRK senyum-senyum aje melihat kerenah, gelagat pemancing/perayu undi ada yang tunjuk gah dengan mendapat sokongan anak muda dengan konvoi kapcai, jualan gudang murahan, ceramah agama, hiburan dan pelabagi lagi. Mudahnya duit ditabur dna dibelanja bagi mendapat kuasa. Adakah termakan manusia di PRK? adakah ada unsur rasuah, hadiah, saguhati, oneoff. Berjalar kenderaan mewah, rumah kosong disewa bagi orang luar bermukim sebagai penyemarak dan perayu parti masing-masing. Tertanya juga petang sebelum diumum keputusan PRK adakah diadakan majlis sambutan awal muharam dikawasan, surau, markas, peti UPU bagi memperingati hadirnya tahun baru Islam. Jika leka ataupun sibuk sewajarnya majlis ini ditaja dengan pelbagai pengisian kerohanian. Sekambalinya kami cuba melaui pekan KSS ke arah selatan setibanya di Jab KSS selepas Pejbat Pertanaian terpaksa berpatah balik ke Jalan Pendang-hwg- ke selatan. Difahamkan jalan sesak teruk. Kami sampai di KL jam 1730 dan sempat menyambut Awal Muharamd di Surau DPTOJ.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive