Saturday 2 November 2013

TAWAU-SEMPORNA-SIPADAN

Seingat 4 kali sudah ke Tawau, kesemuanya atas urusan rasmi. Kali ini sebagai DS, dulu sebagai CP, LO pula tahun 2003, dan sebagai pemeriksa/pemantau log. Tahun 88/89 juga sampai ke Kudat -P.Banggi pantau UB naik Nuri dari KK-Kudat-Nuri-P.Banggi. Dari ac nampak Payau berkumpulan dan sekarang wallahualam. Sup payau adalah menu sebelum naik peasat ke KL. Pelbagai perubahan dilihat sejak tahun 88-2013, pembangunan dan keselamatan menjadi isu yang semakin penting, namun isu PATI dan pembangunan pasarana, air, jalanraya masih menjadi isu utama. Dulu kalau ke Pantai timur Sabah, hutan disepanjang jalan dan rumah papan bertiang tinggi menjadi pemandangan biasa, disamping itu pondok, ran ditepi jalan diletakan hasil jualan dan hanya tin/bekas wang diletakan dengan tanda harga, pembeli hanya ambil dan letakan wang di dalam bekas mengikut harga dipamirkan. Sekarang ada rumah papan diganti dengan rumah batu separuh dan mengekalkan atasnya dengan struktur asal, rumah batu setingkat atau 2 tingkat mengikut rekabentuk moden/batu roman dan dipinggir bandar juga didirikan rumah flat, apartmen manakala di bandar tumbuhnya pasar raya, hotel-hotel baru 4 bintang dan juga tiada bintang menyaksikan semakin ramai pelancong dalam dan luar. Di pulau-pulau melalui jalan laut Semporna bot agensi bot kepulau-pulau juga memenuhi pangkalan/jeti manakala di terumbu banyak bot dengan pelancong menyelam ke dasr laut menyaksikan alam dasar laut. Pelancong pelbagai bangsa di P.Sipadan difahamkan ada yang membuat tempahan setahun/2 tahun awal. Tahun 2003, pengalaman bermalam di chalet P. Sipadan serta menyaksikan biawak Commodore berkeliaran dari jeti ke kawasan chalet berhampiran jeti ke pusat penetasan penyu. Semalam sewanya mencecah RM 400.00 semalam, sekarang tiada lagi chalet dan hanya beberapa pengawal pulau, pekerja batan laut dan polis di waktu malam dan tiada dibenarkan tetamu menginap/menjalankan aktiviti diwaktu malam. Bot RIV, rover, CB 90 juga menjadi pengangkut di kawasan ops. Sekarang juga didapati Boston Whaler mengisi alat pengangkutan terbaru di Perairan PTS. Jalan juga dua lorong dari LT ke Tawau dan jalan ke Semporna selesa manakala bas juga dimiliki oleh Bumi Sabariah Eks. Sebelum MH 2060 mendarat pelbagai pemandangan alir sungai bengkang bengkok serta ladang sawit beribu  hektar luas dan jeti panjang ke tengah laut manakala kolam udang dipesisir pantai. Di laut pula kolek, bot penangkap ikan tradisi, bot pelancong, bagang/kelong serta peternakan umpai laut disepanjang laluan pantai kepulau-pulau. Pengalaman menaiki BR dari Pulau Kapalai - Roach Reef dan ke Tawau. Dari RR kami bertembung sekawan dolphin dan 2 whale juga masih segar dalam ingatan semasa merentasi laut celebes. Al fatihah buat BG Akbar yang aku iringi semasa lawatan tahun 2003 Sand Op log farewell visit. Ikan kerapu juga menjadi tangkapan pertama di Celebes Sea. seperkara lagi tahun 2003 dari atas jeti Sipadan boleh nampak ikan Cermi/jemuduk, ikan karangan Parrot, todak tambahan semasa snorkel di tepi jeti boleh nampak alam bawah laut dengan jelas, tetapi semasa lawatan 2010 dan 2013 tak nampak banyak ikan dijeti begitu juga di Kapalai Resort. Lawatan ini juga dapat berjumpa Lizi, Nor dan ananya Irfan dan Israf datang dari Semporna dan menjamu selera di Gerai Utama Tomyam di tepi laut pekan Tawau. Ole=ole ikan kering merah, udang kering, bilis kecil halus, palang dan sotong kering/basah dibawa balik serta goodies untuk kahwin anak keronsang/tasbih dan butang baju menjadi bertambahnya berat bag. fm Room 532 Marco Belmont.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive