Tuesday 31 December 2013

KALAU KERAJAAN BERUNDUR "EN BLOCK" APA YANG HENDAK DIGULINGKAN LAGI (bunyi ayat power adakah anda berani?)===+++-------???????

Biarkan mereka membuat tuntutan. Jika kerajaan tidak mampu memenuhi tuntutan itu pun tidak mengapa, tetapi perlu bertindak mengundurkan diri mereka secara terhormat dan jangan berbuat kecoh terhadap mereka (rakyat). Saya tidak gemar mendengar seorang Menteri berkata yang himpunan jalanan itu membuang masa sahaja. Pertamanya adakah ini perhimpunan jalanan?

Apa yang membuang masanya. Mungkin mereka membuang masa, tetapi mereka membuang masa untuk kepentingan ramai. Sebaliknya Menteri itu yang membuang masa di Kementerian beliau kerana tidak memberikan sumbangan terhadap masalah kenaikan harga barangan sekarang ini.

                                                                                       cabutan drp aspan alias.                                                                                              bertraikh 31 12 13

Apa yang ditakutkan oleh UMNO dengan himpunan menentang kenaikan harga barang oleh rakyat ini? kenapa ada Menteri yang menuduh ada pihak yang melakukan subversif terhadap negara? Apa ‘subversif’ nya? Kenapa melatah sehinggakan membawa polis sendiri membuat ‘statement’ politik menghadapi isu ini? Perlu diingat rakyatlah yang paling berhak untuk menzahirkan keresahan mereka kerana mereka tahu negara mereka tidak diurus dengan baik malahan mereka tahu negara mereka sedang diambang kehancuran.

Mereka juga tahu yang kerajaan pimpinan hari ini sedang cuba menutupi segala-gala kesalahan dan kelemahan dari pengetahuan rakyat. Sampai bila mereka boleh bertahan, sama-sama kita lihat dan tengok. Himpunan yang dibuat secara aman ini sudah menampakkan yang pihak kerajaan sedang cuba untuk menunjukkan keadaan tidak aman.

Bagi saya secara peribadi saya tidak menyokong dan menolak himpunan ini tetapi satu perkara yang harus diingat, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun kerana negara ini negara mereka. Ini bukan negara kepunyaan pemimpin dan isterinya sahaja. Ini adalah negara yang akan kita wariskan kepada anak-anak dan cucu-cucu kita dan setiap rakyat berhak berusaha untuk mempastikan generasi kita tidak akan lebur dengan kerakusan pimpinan hari ini.

Kepada pak Menteri dan pak Wazir sekalian, marilah kita menjadi lebih matang sedikit. Tidak usah menuduh rakyat hendak menggulingkan kerajaan melalui himpunan jalanan. Himpunan ini bukan himpunan jalanan. Hanya mereka hendak berjalan menuju ke Dataran Merdeka, tempat mereka hendak berhimpun itu sahaja.

Di sana mereka hendak berhimpun dan menuntut apa yang perlu mereka tuntut dari kerajaan. Pasukan Polis yang dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk mereka yang berhimpun itu perlu bekerjasama dan memberikan pertolongan dalam perjalanan mereka ke Dataran Merdeka itu.

Biarkan mereka membuat tuntutan. Jika kerajaan tidak mampu memenuhi tuntutan itu pun tidak mengapa, tetapi perlu bertindak mengundurkan diri mereka secara terhormat dan jangan berbuat kecoh terhadap mereka (rakyat). Saya tidak gemar mendengar seorang Menteri berkata yang himpunan jalanan itu membuang masa sahaja. Pertamanya adakah ini perhimpunan jalanan?

Apa yang membuang masanya. Mungkin mereka membuang masa, tetapi mereka membuang masa untuk kepentingan ramai. Sebaliknya Menteri itu yang membuang masa di Kementerian beliau kerana tidak memberikan sumbangan terhadap masalah kenaikan harga barangan sekarang ini.

Mereka bukannya menyokong pembangkang tetapi pembangkang menyokong mereka kerana mereka sedang melakukan sumbangan dan peranan untuk menurunkan harga barangan. Mereka ini hendak menzahirkan tuntutan mereka kerana tidak ada tempat hendak mengadu. Hendak mengadu kepada Menteri Pengguna, takut pula Menteri itu akan menjawab, ‘kalau harga barangan mahal, jangan beli barang-barang’.

Justeru benarkan tanpa halangan untuk mereka berhimpun. Alasan perhimpunan ini akan menjejaskan peniaga-peniaga kecil itu tidak munasabah kerana dengan perhimpunan inilah peniaga-peniaga kecil mendapat perniagaan yang laris kerana kehadiran ratusan ribu pelanggan dari seluruh negara. Jualan minuman mereka akan laris dan karipap mereka akan laku kerana yang berhimpun itu akan merasakan kelaparan apabila beramai-ramai  diperhimpunan itu.

Kalau Menteri-Menteri merasakan penat mengendalikan rakyat, bukankah jalan keluar nya ada? Bukankah berundur dari memikul tanggungjawab ini adalah jalan yang terbaik? Bukankah mereka ini sudah mengumpulkan kekayaan yang menimbun banyaknya dan tidak lagi susah-susah memikirkan harga barang yang naik? Yang merasakan keperitan dengan harga barangan naik ini adalah rakyat biasa sahaja dan itu pun sebabnya mereka ingin berhimpun secara aman.

Baik Najib mau pun Zahid, jangan 'gabra' dan jangan tunjukkan jiwa yang lemah dan fakir itu. Berjiwa besarlah saudara semua dan tolong sedikit sebanyak rakyat yang hendak berhimpunan itu.

Kalau pimpinan kita takut akan digulingkan oleh rakyat yang ramai itu, apa salahnya? Mereka bukan hendak memberontak secara ganas. Jika terpaksa terguling oleh kerana himpunan dan doa ramai itu, maka semua pihak menerimanya, kerana kalau tidak ada perhimpunan ini pun sudah sepatutnya kerajaan sekarang terguling secara demokrasi.

Pimpinan kita asyik menyalahkan rakyat berhimpun, tetapi tidak pernah menyalahkan mereka sendiri kerana gagal mengesan sebab-sebab mereka (rakyat) berhimpun itu.

Rakyat marah kerana segala janji-janji BN dalam pilihanraya dahulu tidak terlaksana malah segala-gala terbalik. Kenapa tidak berjanji yang mereka tidak dapat menunaikan kehendak rakyat semasa berkempen siang dan malam diseluruh negara dan melalui media massa perdana itu?

Kalau pimpinan kita benar-benar berfikir dengan jiwa yang tenang, tidak dapat tidak mereka akan dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat ramai ini, tetapi pimpinan kita seolah-olah pekak dan bisu dan tidak mendengar apa yang dirintihkan oleh rakyat itu.

Yang kita nampak pak Menteri kita hanya melayan peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan setiap hari yang ramai-ramai membawa ‘envelope’ mengadap pak-pak Menteri kita.

Pak Menteri kita asyik berniaga dengan bermodalkan UMNO dan BN itu. ‘Akhir bagi rakyat dan negara, hujung hilang pangkal lesap, seperti berniaga buluh kasap’.

Hanya saya secara peribadi, memohon agar yang berhimpun itu jangan memberikan pihak polis peluang untuk melakukan kekerasan terhadap anda. Berhati-hati dengan penyamar-penyamar yang mungkin ramai dihantar oleh pihak yang berkuasa untuk mencari alasan untuk memindahkan tuduhan itu terhadap anda.

Kepada kepimpinan yang ada pada hari ini, rasa-rasa dan agak-agak lah, jika terasa tidak mampu menahan tekanan rakyat ini, elok berunding sesama sendiri dan meletakkan jawatan beramai-ramai. Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukan klausa yang jelas untuk menubuhkan kerajaan baru yang lebih diterima dan menyenangkan hati dan jiwa rakyat.

Jika itu dilakukan, tidak akan timbul masalah tuduh menuduh hendak menggulingkan kerajaan dan sebagainya. Jika mereka berundur apa yang hendak digulingkan oleh rakyat lagi?

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive