Tuesday 31 December 2013

TAK DAPAT LAUKNYA..... KUAH PUN JADILAH..

BACAAN YANG BOLEH MENGUSIK MINDA BUAT SEKETIKA......BAGI CIKIT AMBIL BALIK DAH TU LEBIH PULAK......BURUK SIKU NAMANYA KALAU AMBIL LEBIH BURUK HATI NIATNYA....DR KATA KALAU MAKAN KUAH BANYAK DARI ISI LEBIH BANYAK PENYAKIT--SEBAB DALAM KUAH SEMUA ADA TERUTAMANYA KOLESTOREL, MSG, LEMAK, PATI DAN LEBIH BAHAYA... KAMI YANG DAH BERPENYAKIT NAK LAUKNYA YANG EMPUK, SEGAR, MENGEYANGKAN, DAN MERASAI KENIKMATAN DAN KELAZATAN LAUK SEBENAR. WSLM

PETIKAN DRP ASPAN ALIAS BLOGSPOT
Pengumuman oleh PM Najib beberapa langkah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan negara dan pentadbirannya semalam menarik untuk dibuat komen. Elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri dikurangkan 10 peratus kalau tidak silap saya. Elaun untuk subsidi tol bagi pegawai kanan kerajaan akan dikurangkan, poster dan banting untuk program anjuran jabatan kerajaan dihentikan dan beberapa perkara yang kecil yang lain akan dikurangkan penggunaannya.

Saya berasa malas untuk membacanya secara terperinci kerana saya yakin ini merupakan satu tindakan diatas rasa keterdesakkan dengan tekanan ramai terhadap isu pemborosan dalam perbelanjaan kerajaan. Tetapi kita terimalah pengumuman ini dengan baik walaupun ia tidak memberikan banyak kesan terhadap kedudukan kewangan negara. Kata orang Melayu dikampung-kampung, ‘ok lah tu, nampak sikit usaha walaupun kocik, kito dapek jugak. Tak dapek lauk, kuah eh pun cukuplah. Kuah ayam ghaso eh macam ghaso ayam jugak’.

Sebenarnya jika dinilai dari sikap rakus pemimpin-pemimpin termasuk Menteri-Menteri ini, kalau dipotong gaji mereka terus pun boleh, kerana mereka boleh bergantung kepada ‘duit luar’ mereka buat sementara ini. Bagi setengah di antara mereka ini, kalau mereka tidak bergaji pun tidak ada hal, kerana peluang lain mereka banyak. Gaji dan elaun mereka itu ibarat taik mata sahaja.

Tindakan ini mengingatkan kita dengan Bantuan 1Malaysia (BRIM). Tahun lepas dan tahun sebelumnya, diberikannya RM1000 (2 kali) bukan untuk semua, tetapi hanya kepada ketua keluarga yang berpendapatan RM3000 kebawah sahaja. Tetapi apa yang mereka ambil kembali dari semua orang? Mereka ambil kembali subsidi bahan bakar yang melibatkan semua orang. Mereka mengambil balik subsidi gula dari semua orang... 'Diberinya seinci dipotongnya sejengkal'.

Sesungguhnya PM Najib ini merasakan cara membeli jiwa manusia ini masih cara yang baik kepada beliau. Beliau dan keluarga beliau tidak ada siapa yang boleh menarik balik dari keluarganya apa yang tidak sepatutnya diambilnya dari dulu lagi. Hairannya Muhyiddin diam sahaja akhir-akhir ini?

Tindakan mengurangkan elaun keraian ini apa pula nak dipanggil? Panggil lah apa-apa nama sekali pun...ia tetap tidak menyelesaikan masalah. Cara penyelesaiannya ialah dengan Najib duduk beramai-ramai dengan jemaah Menterinya dan membuat 'press conference' dan umumkan perletakan jawatan seluruh jemaah Menteri negara kerana telah gagal mentadbir negara.

Biar rakyat dan perlembagaan mencari jalan bagaimana hendak memulakan kerajaan yang baru.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive