Saturday 15 December 2007

SAMBUTAN HARI LAHIR BONDA


14 Dis 2007. Sambutan hari lahir bonda kali ini amat bermakna kerana bonda dapat menduduki rumah baru yang siap dibina pada 13 Dis 2007. Walaupun rumah dibina diakhir-akhir pembinaannya menghadapi masalah dengan kontraktor tetapi Alhamduliliah, rumah tersebut siap walaupun tidak mendapat bekalan eletrik, jadi kami terpaksa mendapatkan bekalan dari umah Pak Tam agar majlis dapat dijalankan pada hari lahir bonda.
Pada 12 Dis kami berbincang untuk membersihkan rumah pada petang 13 Dis setelah kunci rumah diserahkan. Pada 13 Dis, jam 1830 kami 3 beradik dan my wife mengambil keputusan membersihkan rumah dan masalah timbul apabila 'extension wire' yang disambung dibawa balik oleh kontarktor, jadi kami membasuh rumah di dalam waktu gelap sementara menanti adik Tan mendapatkan extension wire dari rumahnya. Kami membasuh di dalam samar-samar lampu jalan dan jam 1930 barulah bekalan elektrik dapat disambungkan. Aku dan adik Tan sembahyang Magrib dibilik bonda, manakala adik Ana dan my wife sembahyang di dapur disebabkan almari dan katil hadiah untuk bonda sampai dan perlu dimasukan kebilik bonda. Setelah selesai sembahyang Magrib, kami bertiga terus membersih bahagian rumah yang belum dicuci lagi sehingga jam 2030 malam. Selepas berbincang menu dan barang yang perlu dibawa dari rumah lama, aku dan isteri terus Hypermarket Giant untuk membeli keperluan menu pulut kuning dan kari daging, kami juga membeli hadiah dapur gas 'hob' Pensonic untuk bonda.
Kesokan paginya, 14 Dis 2007 aku bersama 3 anak lelaki dan adik Tan bergegas ke rumah lama di KSS dan mengambil barang utama untuk memastikan rumah baru dihias dan menggunakan peralatan untuk sajian. Manakala Dillah dan Illah ke rumah baru untuk mengemas dan mengelap lantai. Lain-lain memasak untuk jamuan. Jam 1130 adik Tan membawa beberapa peralatan ke rumah baru dan tinggal kami menunggu lori adik Wan untuk mengangkut barang besar seperti katil, almari, dapur, dan lain-lain peralatan. Jam 1300 kami berjaya memunggah dan menurunkan peralatan dan selepas mandi bergegas sembahyang Jumaat.
Jam 1430 kami kembali memasang langsir, mengemas bilik dan memasang keperluan menyambut kelahiran bonda yang dirancang jam 1800, makan, sembahyang Magrib dan bacaan Yassin. Majlis ini hanya melibatkan adik beradik kami dan menjemput keluarga terdekat sahaja lebih kurang 50 orang (kami adik beradik dan anak-anak 28 orang) dan lebih kurang 20 lagi adalah jiran (saudara). Kami meletakan hadiah semuanya dibilik tidur bonda dan pintu dikunci, tepat jam 1900 bonda dijemput memotong pulut kuning dan seterusnya membuka bilik utamanya. Bonda amat terperanjat apabila melihat biliknya dihiasi indah keran kami membuat persiapan dan rancangan tanpa pengetahuannya. Menu pada hari itu, bihun goreng, roti jala, pulut kuning, kueh bengkang dan apam. Alhamdullilah setelah usaha jerih dibuat, kami semuanya berpuashati dan seronok kerana bonda gembira. Walau apa pun, majlis ini dapat mengeratkan keluaraga kami dan entah dimasa hadapan mungkin tidak semuanya dapat berkumpul, terutamanya aku yang akan kembali bertugas, contohnya pada hari itu, adik long Yati terpaksa berada di Wad Bersalin Hospital Sultanah Bahiyah dan Abang Din lewat datang kerana menguruskan sawah akibat serangan Bena Perang. Saat gembiranya apabila kami 4 beradik dapat bergambar bersama bonda (walaupun Ayahanda telah kembali ke Rahmatullah)setelah kami semuanya menjangkau umur 38, 43, 47 dan 48 tahun, sebelum tahun 2006, kami tidak pernah mengadakan majlis tersebut secara bersama. Mungkin hikmahnya nanti semua anak cucu dapat mengikuti sambutan hari lahir walaupun di dalam bentuk yang berbeza dan tidak semestinya hadiah tetapi perjumpaan adik beradik, anak, cucu dan cicit dengan minum teh sudah mmemadai dan mengembirakan. Kenangan ini tidak mungkin dapat dinukilan dengan kata-kata, hanya menjadi pengalaman dan ingatan yang mungkin tidak dapat dipadam disetiap sanubari. Malam itu, kami sekeluarga bermalam di rumah baru.
Keesokannya, aku bersama 2 anak lelaki dan ibu pergi ke rumah lama mengambil peralatan penting yang lain menggunakan Van Arwah. Setelah hampir 4 jam, kami berjaya membersih dan mengambil barang yang perlu dan sebahagian besar barang-barang disimpan di stor. Kalau tidak ada halangan rumah lama ini akan disewa. jam 1300 hingga jam 3 petang kami mengemas rumah baru dan jam 1800 balik ke Changlun. Walaupun penat kami amat berpuashati dapat mengembirakan hati bonda, kami hanya mampu memberi bantuan tenaga, dan adik-beradik lain dapat menyumbangkan tenaga/wang ringgit bagi memastikan rumah dan hari lahir bonda dapat disambut dengan penuh bermakna. Semoga Allah memberkati dan mengampunkan dosa-dosa kami di atas apajua kesalahan kami kepada mu bonda, selamat menyambut hari lahir ke 69 (14 Dis 1938). Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive