Monday 21 January 2008

BLACK FOREST GOLF AND COUNTRY CLUB

21 Jan 2008. Permainan golf ini adalah kali ketiga di kelab Golf Bukit Kayu Hitam. Kali pertama bersama Dr Sobri, Kali kedua dengan KKKP dan hari ini bersama Pengarah. Sejak 11 bulan lalu permainan bertambah baik dengan mendapat 2 PAR, 4 Bogey dan 4 D.Bogey. Padang kelab 18 lubang bersempadan dengan Pekan Danok Thailand agak kurang baik tetapi kawasan yang luas mudah untuk membuat pukulan tanpa keluar OB ataupun hilang bola. Memandangkan hari ini hari bekerja tidak ramai pemain jadi kami dapat mengunakan sepenuhnya masa menajamkan pukulan Tee Off, fairways dan putting.
Flight pertama mengandungi PKP, PS 1 dan PS 2 Urus Setia, Flight ketiga M Azizan, K Idris dan S. Zul. Pada pagi itu pemainan berjalan dengan penuh berhati-hati kerana semua pemain adalah orang baru kecualilah orang lama. Selesai permainan kami makan tengahari di Club house. Kelab ini berada di DFZ area dan perlu melalui CIQ Bukit Kayu Hitam dan kelab terletak berhampiran sempadan Malaysia Thailand bandar berhampiran Malaysia ialah Changlun dan di sebelah Thailand Danok. Jika dilihat Pekan Danok lebih maju dan memiliki bangunan hotel bertaraf 4 bintang dengan deretan kedai perniagaan beras, buah-buahan dan juga kelab-kelab hiburan. Ekonomi Danok bergantung dengan kemasukan Rakyat Malaysia dan Singapura, manakala kemasukan barangan Thailand ke Land Port Hub di FTZ Bukit Kayu Hitam sebelum dihantar ke Malaysia dan Singapura. Terdapat juga penduduk Thailand yang masuk ke Malaysia berdagang barangan makanan sehingga ke P.Pinang dan ramai juga yang bekerja disektor perladangan seperti di ladang getah dan kelapa sawit. Pergerakan mereka ini juga sudah lama bertapak kerana ramai dari mereka mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia dan juga boleh berbahasa Malaysia. Dari aspek lain pula penduduk Malaysia di kawasan sempadan dapat membeli buah-buahan dengan harga murah dan sepanjang tahun. Thailand terkenal maju di bidang pertanian.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive