Tuesday 27 December 2011

CERAMAH USTAZ MUHAMMAD KAZIM MASJID AL HUDA

25 Dis 11 jam 0915 malam penceramah jemputan telah berjaya menarik ramai pendengar di pekarangan masjid Al Huda. Pengerusi memulakan ucapan dengan memaklumkan tentang program imarah masjid yang tidak kuranganya mendapat tentangan. Usaha murni Pegawai dan AJK Masjid sewajarnya diberikan ucapan tahniah dan syabas. Ucapan dan ceramah yang disampaikan hampir 2 jam15 amat bermakna. Dimulakan ucapan dengan memberikan nasihat kepada jemaah untuk bersatu dan seterusnya memberi kerjasama kepada pihak pengurusan masjid dengan memberikan sumbangan dan derma. Malam itu beliau telah menyampaikan cermah berkaitan kerja-kerja baik yang pastinya mendapat halangan baik dari ujan dunia,makluk/manusia, iblis dan nafsu. Bagaimana nak mengatasinya 1. tinggal dunia yakni kurangnya bersifat material dan ianya keperluan kerana Allah, kedua Karnaah- berbaik sesama manusia (hablun minannas) ketiga bebas godaan iblis dan terakhirnya mujahadah. Jadi kalau betul-betul nak berubah mula berubah dari sekarang, mula diri sendiri dan ubah dari benda kecil dan sebesarnya dengan istiqamah. Bagi mendapatkan kemenangan dan kejayaan kepada kerjayaan ada 6 perkara perlu dijadikan platform 1.Kktn Tauhid, 2. kekuatan akhlak, 3. kekuatan ilmu, 4. kekuatan ekonomi 5. kekuatan persaudaraan islam dan 6. kekuatan jihad. Majlis berakhir dengan bacaan doa. Komen, ramai yang hadir kurang membantu mengemas kerusi,tikar dan sampah masih juga bersepah. Parking motosikal menghalang laluan dan juga kenderaan ikut dan aje. Inilah dikatakan yang datang ada pelbagai dan yang paling peliknya tabiat yang buruk ini tidak berubah walaupun datang mendengar ceramah agama. Kalau dipasar malam okle sebab tabiat buruk tidak siapa nak tegur tapi walau penceramah beri nasihat masih ada yang berkelakuan kurang didikan mungkin juga kurang ajar atau kurang ilmu hubungan sesama manusia dan tabiat yang dunia ketiga.  

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive