Thursday 1 December 2011

SAMBONG BALIK ENTRY SETELAH HAMPIR SEBULAN

Bulan 11 dan di awal bulan 12, pelbagai peristiwa berlaku dan banyak yang tertinggal kerana format baru blog sukar dibuka. sepanjang bulan Nob bermulanya cuti sekolah ramai tetamu datang rumah begitu juga majlis kenduri. isteri juga mula buat persiapan bekas hantaran, cari kedai pengantin, konsep hantaran, majlis tunang, akad nikah dan kenduri. Kalau diamati semuanya nak yang terbaik dan meriah sehinggakan kalu dihitung mungkin sampai puluhan ribu. Mana nak gagau duit sedangkan bajet ciput dalam ligkngan belas ribu ini tak termasuk hidden cost. Majlis dibincang dan dirancang dengan langkah pertama booking dewan manakala yang lain-lain masih dalam fikiran dan catatan. Anak dah 2 kali balik bincang dan masuk kali kedua balik KL cari bahan, tukang jahit baju, beli bahan mentah, buat bunga dip, rose merah dan putih dan juga beli barang-barang untuk hantaran. Sembang dengan kenalan juga diwar-warkan agar tetamu yang diundang dapat hadir. Kadang-kadang fikir juga kenapa perlu buat besar, meriah setakat ala kadar cukup. Sapa nak datang, aada orang datang, bagaimana persipan meriah orang tak datang? semuanya bermain dibenak dan fikiran. Setiap kali berbincang ada kalanya seronok, suka dan adakalanya susah juga. Kalau berwang panggil wedding planners, bincang setuju bayar cuci tangan. Mampu ke?
        Sekang 1 Dis 11 dah tinggal 3 bulan 22 hari lagi masa pasti berlalu dengan cepat. Milestone perlu dibuat agar segala senarai semak dapat dibuat  bagi mengurangkan tekanan dan majlis berjalan seperti dirancang. Bak kata perpatah orang putih nothing happen by accident. kena rancang dan berbincang dengan semua pihak agar tidak melanggar adat dan berkecil hati.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive