Saturday 24 December 2011

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM

    Semalam 24 Dis 11, Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 40 GAPENA (Gabungan Penulis-penulis nasioanal) dan Sambutan Menjelang Ulang Tahun ke 85 Tahun PEMENANG (Persatuan Melayu Pulau Pinang) diadakan di DB WPG KTAR Bkt Gedong PP. Majlis dihadiri ole TYT dan tetamu jemputan Tan Sri Prof Emiritus Dato' (Dr.) Ismail Hussein Ketua   1 GAPENA. Majlis diserikan dengan Kump Orkes COPACABANA dengan baju ala barat tahun 60an. Majlis juga disusun atur dengan acara deklamasi sajak, syair, gurindam, lagu puisi dan lagu lama sesuai dengan majlis. Menu makan malam dimulai dengan lontong, sate dan nasi kambus berlauk  ayam maska rose, dalca dan timun kacang. Kemuncak juga adalah pemyampaian anugerah Tokoh PEMENANG di sampaikan kepada Tan Sri Prof Emiritus Dato (Dr.) Ismail Hussein. Kehadiran kami wakil WPG adalah sebagai memenuhi majlis disamping menghayati bahasa indah Melayu. Komen - kalau majlis dihadiri orang melayu sepatutnya lebih menarik dengan pakaian kebangsaan lengkap seperti Tokoh PEMENANG, ditambah lagi Orkes COPACABANA dengan pakainan melayu asli dan pakaian wanita tidak seperti kelambu jarang. Begitu juga lagu-lagu yang disampaikan tidak seiring dengan acara majlis bercampur lagu latin, hindustan dan lagu pelbagai etnik. Sewajarnya lagu melayu, keroncong dan juga lagu puisi dijadikan konsep persembahan. Penyampaian puisi dan syair, ada yang menghiburkan tetapi ada juga bacaan sajak amat mendukacitakan kerana yang hadir tidak dapat memberi tumpuan kerana tidak ada ilmu kepuisian.  Jika diberi markah puisi Ayahku Penjual Roti benar-benar memberi impak kepada hadirin kerana dewan kembali senyap dan semua terpukau dengan bahasa gaya dan suara yang menlagkolik dan mengetarkan, lagu puisi adalah pemenang  kedua manakala yang lain boleh tahan. Majlis tamat jam 2315. Wassaalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive