Saturday 1 August 2009

BIDIKAN AIR PISTOL DAN AIR RIFLE

01 Ogos 09. Pengalaman pertama menembak pistol dan senapang sukan sememangnya akan menjadi ingatan. Selalunya aku kalau menembak pastinya score 0,0,0 sejak dari 80an lagi. Kenangan semasa di lapangsasar mengunakan M16 aku kena pakai Monshe Dayan (pelekat hitam) dimata kanan dan sasaran masih x kena. Semalam nampaknya aku muncul tempat ketiga dengan 6 bidikan kena sasaran bull eyes. Mungkin lama x menembak dan kehadiran anak dan keluarga memcabar darah pahlawan. Emee,Has, Ain dan illah begitu teruja menembak pistol dan rifle dan berbangga dengan bidikan masing-masing. Walaupun rifle berat dan pistol agak besar, tapi mereka mampu membidik ke sasaran. Acara untuk anak-anak Kak Long dapat tempat kelima dan lain-lain dapat menimba pengalaman yang pasti diingati sampai bila-bila. Majlis spontan anjuran Sel Dasar BLP dengan kerjasama Desatera sebagai penyumbang telah dapat mengiratkan lagi talisilaturahim. Terima kasih kepada M Yus sebagai pengemudi dan K Bad serta Komplek Sukan TU. Kehadiran CEO Feizal dan K B Adz harus diberi pujian di atas komitmen yang besar hadir walaupun awal pagi Sabtu dan jalan masuk melalui jalan Istana ditutup akibat Demo Mansuh ISA. Setibanya jam 0745 Jln Ke Istana melalui PLUS Sg Besi/Seremban mulai sesak dan jalan telah ditutup jam 0800 pagi. Rakan lain terpaksa meminta kebenaran masuk pangkalan. Semasa balik Jalan Sesak teruk. Isteri yang kemudiannya bersama Kak Asmah lewat tiba acara Bakat di WTKL bagi acara HUT KPD akibat jalan sesak kerana banyak jalan utama ditutup. Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive