Monday 31 August 2009

SAMBUTAN MERDEKA KE 52

aRI INI 31 DIS 09, genap 52 tahun Merdeka, Merdeka, Merdeka. Melepasi 50 tahun usia emas. Cuti tidak ke mana-mana cuma semalam dapat menyiapkan kerja pemasangan paip air dibilik utama. Kos membuat dan memasang hampir RM 65.00 aje kalau upah plumber/tukang paip mau mencecah RM 150.00. Ini juga dikatakan projek D.I.Y yang memerdekakan diri daripada mengharapkan orang lain. Rancangan memasang paip sebenarnya telah hampir setahun berlalu cuma dapat dibereskan setelah cuti panjang sempena HK ke 52. Tahun ini, sambutan agak pudar kerana serangan H1N1 dan juga jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Saban tahun kemeriahan disambut dengan pesta, baik di Bintang Walk, KLCC, Sunway Piramid dan diserata lokasi disetiap negeri. Kedengaran pelbagai gejala sosial mengisi hari yang bermakna tersebut berbanding kebaikan HK sebenarnya. Inilah hikmahnya bulan Ramadhan ,sekurang-kurangnya kehadirannya dirasai dengan menghadkan aktiviti -aktiviti yang tidak bernafaat. Pengisian secara ilimiah dan bersederhana tidak semestinya penghayataan kemerdekaan tidak tercapai. Bebas dan merdeka dalam ertikata sebenar perlu difikirkan oleh setiap pemimpin dan rakyat sebagaimana jatuh 31 Ogos dalam bulan Ramadhan.Wasalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive