Monday 31 August 2009

PIJAK MEMIJAK

Kadangkala terasa juga nak beri pendapat, tetapi ruangan yang ada tidak dapat dipercayai 100 peratus sebab ledakan teknologi maklumat, bagai satu wadah luahan minda dan persepsi penulis atau penciplak dari sumber lain. Teringat cerita P.Romlee "ini kepala bapa kau ini kepala bapa aku, kalau berani pijak lah (kertas digumpal)". Insiden kepala lembu dipijak lebih teruk daripada cerita P.Romlee tambahan bulan puasa, yang memijak itu, bersongkok dan sempurna sifatnya dan tidak di asak seperti cerita P.Romlee. Kalau guna kertas lama boleh dilumatkan dan boleh recycle itupun yang pijak satu pihak yang bawa KL. Sedangkan di bulan puasa secara sifatnya Allah menrantai Iblis/syaitan. Jadi fikir-fikirkanlah tatasusila di bulan mulia. Kadangkala mual membaca pelbagai pendapat yang lebih mementingkan periuk kera tanpa meletakkan kesederhanaan dan kewarasan. Toleransi dan bertolak ansur adalah wadah yang perlu di ambil setiap pihak baik yang jadi pengadil, pemain dan penyokong. Yang ramai pemerhati dari pelbagai ragam akan membuat persepsi dan pendapat. Di zaman sumber bermaklumat, kebenaran pasti akan datang, Yang mana benar yang mana salah ,kalau tidak juga selesai di akhirat semua mulut ditutup rapat. Wasalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive