Wednesday 12 August 2009

BULAN SYAABAAN DAN MENJELANG RAMADHAN

13 Ogos 09. Sedar tak sedar telah setahun di KL. Kalau awal bulan puasa aku berkesorangan kerana keluarga belum ikut pindah. Kalau berbuka nanti taklah berkeseorangan. Ada hikmahnya juga sebab makan tak banyak, solat terawih dan solat sunat serta membaca koran dapat juga digandakan, tetapi kali ini kena bulatkan tekad semuanya boleh dibuat dan akan lebih afdal boleh berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Juadah berbuka juga pasti mengikut keinginan tak perlu ke kedai kena tunggu kalau ramai pelanggan. Kalau tak ada perubahan mungkin 22 Ogos mula puasa Ramadhan, jadi kena maklum dan ajar anak yang kecil bab puasa, kalau tak bagi ingatan nanti macam-macam buat tuntutan. Sejak dari umur 6 tahun dah mampu puasa habis tetapi kena motivasi dengan upah dan janji, tapi tahun ni kena terang fadhilat puasa dan kenapa wajib berpuasa. Kadang-kadang pelik juga anak yang kecik mampu puasa yang kena tangkap tak puasa bukan tak mampu tapi tiada bimbingan dan latihan sejak kecil. Kalau dari kecil tidak diajar dah besar sukar dibentuk tambahan semakin menjauh dari tikar sembahyang. semoga semua anak-anak dapat menambahbaik puasa tahun ini daripada tahun yang dahulu. Wasaalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive