Monday 17 August 2009

IHYA RAMADHAN

Pagi tadi staf memaklumkan ada jamuan sempena menyambut puasa dan disponsor jamuan oleh staf naik pangkat. Aku mengusik sepatutnya menyambut Ramadhan kita puasa sunat nanti malam kita berbuka di hotel, itu namanya jamuan berbuka puasa masing-masing dapat puasa sunnat dan melatih diri pada bulan Ramadhan nanti. Staf juga datang membawa sampul surat memohon derma/sedekah seiklhlasnya bagi sambutan Ihya Ramadhan. Sebenarnya ianya menjadi latihan agar dibulan puasa nanti kita perlu membanyak amal sedekah jariah bukan setakat wang ringgit tetapi senyuman dan berbaik sangka. Amalan baik sebegini hendaklah diteruskan pada bulan-bulan akan datang. Selamat menyambut Ramadhan al mubarak semuga puasa kali ini lebih baik dari puasa dahulunya. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive