Monday 31 August 2009

HARI KE 10 PUASA

31 Ogos 09. Sedar tidak sedar sudah 10 hari berpuasa, matlamat turun berat badan masih lagi jauh. sebelum berbuka hajat menjamah sedikit juadah waktu berbuka belum 50 peratus tercapai tetapi waktu sahur masih kekal dengan cereal dan air suam. Tetapi tidak lepas dengan buah kurma dan tin. Anak bongsu masih bertenaga walaupun batuk. Sembahyang terawih di surau AlHaq bersama isteri dan anak sebanyak 8 rakaat dan dikuti taskhirah pendek disamping dapat juga melayan anak mengenai perkara yang sukar difahami bila apabila ustaz berceramah. Duduk santai dipangkuan dan disebelahnya abang yang sekali menyakat begituj uga adiknya. Jadi aku sekali menguis supaya menumpukan perhatian. Begitu juga tanggal 31 Ogos saban tahun datang tapi kali ini, sambutan diadakan di Dataran Parlimen disebabkan bahana serangan H1N1. Kami juga tak ke mana-mana setiap sambutan Merdeka, hanya menghiasi rumah dengan bendera Malaysia dan banner bendera ekor ikan setiap negeri. Bendera ini kami pasang sehingga 16 Sep dan simpan untuk sambutan akan datang. Hari kemerdekaan disambut dengan gah setiap tanggla 31 Ogos tetapi bulan Ramadhan lagi meriah dilaksanakan 30 hari dan disusuli dengan hari kemenangan (Hari Raya). Terasa kemeriahan puasa dengan aktiviti bersahur, berbuka, terawikh, tadarus Al Quran dan mendapatkan Malam Lailatul Qadar. Semua ini memyemarakan lagi bulan mulia ini, begitulah teratur dan rapinya bulan ini dimulakan dengan pengisian program bulan Rejab dan Syaaban. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive