Sunday 10 January 2010

LANGKAH PERTAMA DIMAFDC

Jam 1530 aku bersama isteri dan dua anak ke Lanai Gurney Height menghantar barang-barang untuk meneruskan perjuangan diMAFDC. Sehari aku mengumpul dan menyenaraikan barang-barang dan peralatan yang perlu dibawa. Buku dan phamplet juga disusun rapi agar aku tidak perlu berulangalik atau mengeluarkan belanja bagi barang-barang yang tidak perlu. Setibanya diLanai GH aku dibawa ke tkt 20 dan ditempatkan bersama 2 rakan seperjuangan (RMN dan RMAF). Semuanya nampak rapi dan anak yang kecil sibuk memeriksa sekeliling aparment sambil bercoloteh dengan suasana dan pandangan sekitar tempat penginapan. Aku juga menunjukan tempat aku bekerja di Tkt 14 dan juga tempat aku berkursus nanti agar mereka tahu dimana abahnya berada dihari bekerja. Selesai berkemas kami bergegas ke rumah M.Sani di Blok 2 MQ Mindef. Rumah-rumah tersebut baru diduduki dan semua perabot disediakan. Jam 6 ptg selepas solat asar kami balik dan aku terpaksa mengemas sebahagian lagi barang-barang perlu setelah mencatatkan yang kurang. Rupa-rupanya banyak lagi barang perlu dibawa. selepas ini Lanai GH akan menjadi ruang dan masa yang perlu dimanfaatkan dan diihari minggu masa perlu diperuntukan kepada keluarga pula. Ari ini adalah langkah pertama kursus MPAT dan besok 11 Jan 2010 pasti bertambah getir dengan program-program yang dijangka padat dan mencabar. Buat masa ini aku tidak gusar dan mahu menyelesaikan tugasan dengan sebaik mungkin. Wasalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive