Saturday 9 January 2010

PERBELANJAAN DI AWAL TAHUN

Bonus tiada cuma sagu hati dan macam lebih kurang wang ehsan. Kebiasaanya di awal tahun bonus yang diterima dapat mengurangkan bebanan kewangan. Bayangkan kalau yang gaji kecik pasti banyak yang terpaksa dikemudian. Walau apapun kalau dari awal dibuat simpanan semuanya akan lebih senang, tapi kalau diberi bonus simpanan tak perlulah dikeluarkan. Dua anak juga mula semester masing-masing dan paling tidak RM 500.00 perlu dibelanjakan bagi yuran asrama, alatan peribadi. PTPTN hanya terima cukup untuk bayar yuran sahaja. Ditambah 2 anak lagi perbelanjaan pun mencecah RM 500.00 bagi yuran, buku tulis dan pakaian almaklumlah badan sedang membesar. Bebanan ditambah pula dengan tuisyen dan perkakas kokurikum. Inilah perbelanjaan yang perlu ditangung oleh ibubapa di akhir tahun dan di awal tahun, akibat tiada bonus yang tak menyimpan sebab tak cukup belanja bulanan terpaksalah membuat pinjaman peribadi atau apa cara untuk memastikan anak masing menerima pelajaran tanpa gangguan. Bayaran bas sekolah, baiki basikal dan juga kereta sendiri juga perlu wang di awal persekolahan ,jadi kesemuanya memerlukan wang dan wang.
Adalah lebih baik bonus diberi setiap tahun paling tidak pun seribu ringgit bagi merancakkan lagi ekonomi dan stress rakyat. Bak menegakkan pepatah--- rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.---- Wang kalau diberikan tentunya berlegar di dalam negara tak rugi, jangan sampai ada persepsi merubah takut tahun depan diberi hanya dianggap ada udang disebalik batu atau memujuk. Zaman sekarang semua orang dah boleh baca dan buat pelbagai cerita melalui persepsi masing-masing. Wasalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive