Tuesday 24 June 2008

KEMBARA MERDEKA 2004 - PART 1


KEMBARA MERDEKA 2004, JALUR GEMILANG

PERINGKAT NEGERI SARAWAK

PERSIAPAN AWAL

Pengalaman paling berharga dan sukar dilupakan sebagai suri rumah ialah meninggalkan keluarga selama 15 hari menjelajah negeri Sarawak. Tawaran Kak Sham untuk menyertai Kembara Merdeka pada mulanya disambut agak dingin sebab terpaksa meninggalkan kerja harian sebagai ibu dan keluarga tambahan pula terpaksa memandu dan tinggal ditempat-tempat yang tidak pernah dilalui. Izin suami diminta dan takut tidak dibenarkan tambahan pula anak yang bongsu baru 3 tahun dan 5 lagi bersekolah.

Izin suami agar pandai jaga diri dan jangan lupa solat walau penat sekalipun menjadikan aku lebih tabah dan bertekad untuk menyertai kembara tersebut. Persiapan diatur oleh KS 1 Div (Kol Md Noor) melibatkan peserta BAKAT 1 Div (semuanya suri rumah sepenuh masa) dan juga keperluan logistik. Dua minggu sebelum kumpulan kami membuat persiapan dari aspek fizikal dan lojistik bersama Kak Sham, Ju an Amy. Di atas bantuan KS kami dibekalkan dengan baju T Shirt, ubatan, vitamin dari pelbagai sponsor termasuk PERNAMA. Memandangkan perjalanan menggunakan pacuan 4 x 4 Nissan Ju kami perlu membuat uji pandu lagi pun aku tidak pernah memandu kenderaan tersebut. Kami rasa selamat kerana Ju orang Miri dan tahu selok belok dan adapt resam orang Sarawak. Kami diminggu terakhir sebelum bertolak paling sibuk dan acara menyerahkan bendera diatur di MK 1 Div. Seterusnya menghadiri taklimat Kembara di Pejabat Penerangan Sarawak oleh Paulus Palu Gumbang Timb. Pengarah Penerangan Sarawak. Saat mengatur langkah dimulakan dengan pesanan kepada anak-anak agar mendoakan agar perjalanan selamat walaupun merasakan ada sedikit kerisauan/kesedihan di atas sepucuk surat yang diterima. Surat tersebut aku dingin dan sedih sekali setelah membacanya dan aku terus merahsiakan daripada suami.

PUTARAN RODA -PENJELAJAHAN

17 Ogos 2004 saat dinantikan telah tiba. Kami seawal lagi jam 6 pagi telah bertolak ke Pejabat Penerangan bagi persiapan awal dan seterusnya mengikuti perasmian Kembara Merdeka 2004 di Padang Merdeka oleh YB William Mawan dan seterusnya Flag Off jam 0830. Di hari pertama jam 1200 tengahari kami tiba di Dewan Masyarat Bau dan terus bergerak ke Lundu dan Pekan Semantan. Malam itu kami menginap di Kem Pueh Seamantan dan pada malamnya diadakan pelbagai aktiviti jalur gemilang.

18 Ogos. Lundu/Gedong/Sri Aman/Betong. Jam 0830 pagi, konvoi kami bergerak mengikuti program dan sampai di Betong 530 ptg dan menginap di Hotel Regency. Di dalam persinggahan pelbagai acara sperti mengedarkan bendera jalur gemilang dan acara kebudayaan. Malam kedua di Betong agak selesa dan kami dapat rehat seketika kerana acara malam tersebut tidak melibat BAKAT.

19 Ogos. Betong/Spaoh. Acara di Betong dengan ketibaan konvoi di masjid Jamek Betong dan perasmian Pondok harmoni K3P Kpg Melayu Betong. Perjalanan melalui jalan berdebu dan berlopak. Konvoi kembara lewat malam tiba di Spaoh dan menyebabkan banyak acara dibatalkan. Malam itu aku dan Kak Sham mendapat keluarga angkat (Emak Rozy) dan malam itu kami dijamu dengan gulai burung punai, lemang, kelupis dan kueh mueh Sarawak. Di Spaoh ole-ole special ialah ikan kering Buntal.

20 Ogos. Spaoh/Julau/Kanowit/Kapit (laluan sungai). Dari Spaoh kami menggunakan jalan darat sehingga di Kanowit dan seterusnya menaiki bot ekspress ke Kapit. Kenderaan ditinggalkan dan di bawa ke Sibu oleh pemandu yang disediakan manakala tim kembara menaiki bot ekspress jam 230 ptg menuju ke Kapit yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Jam 4 ptg kami tiba di Wharf kapi dan mengedarkan jalur gemilang di Town Square dan seterusnya jam 510 ptg menaiki bot ekspress ke Song dan tiba jam 6 ptg. Malam itu kami menginap di Hotel Sukaramai dan terpaksa berpuasa sebab makan malam diatur di restoren cina. Disini aku tak sangka jumpa adik ipar (Ah Chong –Sapawi) kepada Kak Ani (Abang Zaidi) yang turut serta di dalam rombongan tersebut.

21 Ogos. Song/Kapit/Kanowit/Sibu. Seawal 900 pagi kami bergerak balik dan tiba di Wharf Sibu. Malam itu akau menerima telefom dari suami dan menegur aku berdasarkan gmbar kami keluar di Utusan Borneo. Dalam perbualan telefon aku menceritakan dan menangis tentang surat rahsia yang disimpan di dalam almari rumah dan apa yang terbuku dihati. Di atas semangat dan kata-kata semangat serta tindakan akan diambil oleh suami, aku kembali ceria setelah 3 hari melalui perjalanan dengan penuh persoalan dan kerisauan. Surat itu menjadi rahsia yang besar di dalam tugasku sebagai ahli BAKAT dan juga kerjaya suamiku. Aku pasti suamiku amat sedih dan terkilan diatas isi kandungan yang ditulis oleh --nya tanpa melaluinya beliau. Di Sibu kami menginap di Hotel Paramount bersama Juliana.

22 Ogos. Sibu/Balingan/Mukah/Matu. Jam sewal 0630 pagi kami bertolak dari dataran Sibu (singgah di Selangau) dan tiba di Baliangian jam 0900 pagi. Kami menaiki bot ke Kuala Balingan hamper 1 jam setengah dan berjalan kaki ½ jam pula ketempat acara majlis (tepi pantai). Selesai majlis kami bertolak balik ke Baliangan dan seterunya bergerak ke Mukah dan sampai di Mukah jam Waterfront Mukah jam 4 ptg. Jam 6 ptg aku mengambilalih memandu dari Mukah ke Mato dalam suasana malam yang gelap gelita dan jalan yang beralu-alun dan yang suspenya bila membawa kenderaan ke dalam feri ke Rumah panjang Melanau Kpg Sok, Matu. Malam itu kami menginap di rumah panjang Kpg Sok dan sebilik dengan Freda.

23 Ogos. Matu/Tatau/Bintulu. Seminggu perjalanan kami digelar wanita besi sebab paling awal dan tidak pernah lewat di dalam apa jua aktiviti diatur. Walaupun badan dan mula sakit badan serta rindu keluarga kami bergerak ke Tatau jam 0800 pagi dan sampai di Tatau jam 3 petang. Sekali lagi kami (wanita besi) menginap di rumah keluarga angkat iatu Puan Sayang (Kedai Makan Ebs café) dan malamnya makan B.B.Q bersama keluarga angkat dan rakan (Bala, Ismand dan Ah Chong (Kem.Penerangan), Zanawi dan Rano (filem negara).

24 Ogos. Bintulu (Servis Kenderaan/Urusan Pasport ke Brunai). Jam 0900 pagi kami bergerak dari Tatu ke Bintulu dan tiba di Bintulu 10 pagi di Sekolah Kidurong ! Sekolah Angkat Petronas dan malamnya menginap di Hotel Li Hua. Makan malam dianjrkan oleh Petronas di Kidurong Park Club dan juga menyertai acara kemerdekaan.

25 Ogos. Bintulu/Beluru/Miri. Jam 0830 kami bertolak dari Pasar Tamu Bintulu menuju ke Beluru dan tiba jam 1100 pagi di Pekan Baru Beluru bagi kutipan Rayuan hari Pahlawan oleh JHEV ATM Cwgn Sarawak. Acara di Miri amat bermakna kami dapat melawat dan diraikan di Wisma Perwira 20 RAMD. Disini rakan awam kembara pun turut serta. Peristiwa helikopter (ukur sempaadan) jatuh sebelum ini juga dapat menemukan kami dengan anggota yang terselamat. Majlis juga bagi meraikan birthday KS suami Kak Sham. Keesokan gambar kami berempat terpampang di akbar “4 Wanita Besi Kembara Merdeka 2004”

26 Ogos. Miri/Limbang. Ini kali pertama aku memasuki Brunai dan kalau dikira seluruh Borneo kerana aku dah sampai ke Pontianak Indonesia dan juga pernah bersama suami bertugas di Sabah. Jam 0830 kami bergerak ke Kompleks Petronas Carigali Lutong, Miri bagi acara disana dan juga taklimat ke Brunai. Selesai makan tengahari kami bergerak ke Tedungan kompleks Imegrisen dan bergerak ke Limbang melalui Brunai dengan diiringi Polis Brunai. Menginap di Hotel Purnama Limbang dan di Limbang pelbagai acara diikuti oleh rombongan.

27 Ogos. Limbang/Lawas. … BERSAMBUNG

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive