Wednesday 14 May 2008

CABARAN BUAT ANAK-ANAK

Bersama keluarga di UiTM Shah Alam 1988


Bersama Ayahanda dan Bonda



Sejak temuduga No 1 kadet, Mei 1980 di kem Sg Ara, ketua Panel memberi pilihan kepada aku samada nak jadi pegawai terus atau nak belajar di Tkt 6 di RMC cawangan kadet. Lantas aku menjawab nak belajaq lagi. Sememang cita-cita aku ingin menjadi orang pertama di dalam keluarga baik sebelah ibu dan bapa menjejak kaki di menara gading. Masa itu, tidak ada yang belajaq tinggi, nak masuk U pun susah kena bergolok bergadai. Sememangnya masuk kadet pun aku kurang arif kerana tiada jua saudara mara yang masuk kadet dan jadi pegawai tentera, kalau adapun setakat pangkat Kpl. Semangat ingin belajaq yang mendorong aku untuk terus ke RMC tetapi agak menakutkan kerana di RMC belajaq di Tkt 6 bawah hanya 2 bulan dan tkt 6 atas pun hanya hampir 6 bulan itu tak termasuk latihan ketenteraan. Kami kena belajaq 2 perkara dan kadangkala pertelagahan antara OC kadet dan Pengetua Akademik menyebabkan kami huruhara, sampai di kelas dipanggil balik untuk latihan kawad penerimaan panji-panji RMC.
Tamatnya latihan kadet dan ditauliahkan, aku masih menyimpan cita-cta untuk menyambung pelajaran di Tkt enam dan juga ambil exam repair kertas English MCE. Sekembalinya daripada kursus KTPM Kota Belud akhir tahun 1982, tahun 1983 aku menduduki peperikasan HSC dan juga Julai paper English di Sekolah Jalan Ipoh. Aku berjaya lulus paper English Jul tetapi HSC kantui sebab tak ada persiapan langsung.
Setelah melalui kerjaya sehingga tahun 1994, aku terus memohon skim pengajian tinggi ATM diUiTM, Alhamdullilah aku berjaya mendapat tempat dan mengambil jurusan Chartered Institue of Transport (UK) sehingga 1997 dan grad tahun 1998. Pelbagai cabaran dihadapi almaklumlah exam setahun sekali bukan semester macam paper UiTM dan kalau graduasi pun hanya 3 ke 4 orang setahun. Aku juga kantoi paper mathematic dan law di tahun pertama jadi tahun kedua dan ketiga kena lebih tumpuan kadangkala dari pagi hingga ketengah malam di library. Ditambah lagi bila exam hampir dekat, ibu mertua tinggal serumah juga sakit. Tahun 1987 aku masih ingat 2 minggu lagi nak exam, 2 anak lelaki masuk hospital disyaki denggi, emak mertua sakit dan tekanan darah aku meningkat tinggi, dan hasil pepemeriksaan doktor aku kena pakai spekmata kerana penglihatan semakin kabur dijarak jauh. Alhamdullilah exam kali itu aku lulus 4 paper dan1 paper kena repeat (Transport planning and policy). Tahun 1988, CIT London membenarkan peperiksaan dibuat pada bulan Feb sebab Jul 1988 CIT London membuat perubahan syillibus baru, jadi aku masih dapat reseat dan lulus cemerlang. Di dalam tahun 1988 juga aku masuk MTAT dan mendapat 2 diploma dan 1 degree . Satu diploma MTAT dan satu diploma Strategik dan Pertahanan dari UM dan satu degree CIT (UK) UiTM.
Tahun 2005 anak sulong mendapat tawaran masuk UUM, dan aku jangka anak kedua juga akan dapat masuk UUM tahun 2006, jadi aku perlu memberi dorongan dan juga bersama mereka masuk U. Sekali lagi permohonan untuk masuk U diperingkat Sarjana diluluskan oleh ATM dan kami sekeluarga berpindah ke Changlun Kedah. Selain akau belajaq, dapat aku membantu anak-anak dengan bantuan fizikal, mental dan rohani. InsyAllah anak ketiga juga akan masuk U Jul tahun 2008 dan anak keempat telah pun mendaftar di Matrikulasi Changlun pada 12 Mei lalu. Tinggal 2 anak disekolah rendah akan menduduki UPSR dan darjah satu. Harapan agar mereka terus berjaya dan InsyaAllah kalau murah rezeki akan mengambil Phd pulak jika lebih wang.
Cita-cita dan harapan akan menjadi kenyataan jika kita berusaha dan hanya Allah jua yang menentukannya. Tidak semestinya kita yang cemerlang awal akan berjaya begitu juga dengan yang lemah tidak semestinya lemah sebilang masa, jadi usaha dan yakin akan ketentuan Allah amatlah penting dan perlu diyakini sepenuhnya. Istiqamah perlu dijadikan amalan hidup agar segala cita-cita boleh dicapai. Kejayaan dan segala kemudahan tidak semestinya datang bergolek kalau kita tidak berusaha merancang dan berdoa. Wasalam

1 comment:

fauziabd said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive