Tuesday 27 May 2008

LATIHAN KADET DI RMC

(Shamsuri, Halim and myself-Mej Roslan Oc Kadet ARahaman Coy) DYMM Sultan Pahang

Masa dulu di tahun 60 an ke 80an kerjaya ketenteraan adalah paling mulia dimata masyarakat. Saban hari berita kematian dan kejayaan pasukan keselamatan mengisi ruang dan dada akhbar. Keganasan dan kejamnya penganas komunis di Malaysia dan peperangan di Vietnam serta perang dingin menyebabkan semangat aku membara untuk masuk tentera. Kalau zaman kanak-kanak senapang kayu, peluru bemban, camplong (buluh dibuat lubang dan kayu dilaras dengan peluru kertas basah) dan lastik adalah alat permainan kanak-kanak lelaki dan perempuan pula dengan masak-masak.
Tahun 1979 aku mohon masuk kadet dan dipanggil temuduga tetapi gagal. Tahun 1980 aku mohon kali kedua dan berjaya ditawarkan ke dalam tauliah tetap. Aku mengharungi latihan selama 2 tahun dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Semasa latihan dan memilih kor pun masih kelabu asap, dan ditakdirkan aku masuk kor logistik (KPD). Sewaktu masuk dipasukan aku hanya bercita-cita untuk naik ke pangkat Mejar almaklumlah dalam KPD jadi mejar tahun 90an dah dikira bertuah. Mungkin juga aku bab menembak selalu dapt 0,0,0 sampai Mej Adnan bagi 50 butir suruh tembak target kalau tak kena lebih daripada separuh kena bayar balik 50 sen setiap buitr yang hilang daripada target. Mata kena pakai mosyhe dayan (Yahudi) sebab mata kanan akan turut tertutup bila mata kiri dipejamkan.
Berbalik kisah latihan kadet, ianya juga pertama kali aku berhijrah dari kampung ke bandar KL, kenali rakan dan bangsa berlainan negeri. Rakan-rakan ada dari budak boy, Affaat dan awam. Diperingkat awal kehidupan di kadet wing amat asing kerana dari kampung tak pernah tinggal di asrama dan semua urusan disediakan oleh ibu, kakak dan pembantu rumah. Sepanjang pengalaman di dalam latihan kadet ianya memberikan satu kehidupan baru dan pelbagai peristiwa pahit manis telah menjadi kenangan abadi. Ada peristiwa yang hanya dapat diingat apabila terkenang peristiwa atau berjumpa rakan-rakan lama. Masa kami, 'ragging' agak kurang jika mendengar cerita senior terdahulu. Latihan kawad kaki, senjata, tongkat dan pedang juga menjadi pelbagai cerita dan kelucuan. Begitu juga latihan medan ada yang kena ketuk, hilang dan sesat, gigitan serangga, jatuh dan pelbagai kawasan dijelajahi samada ladang getah, kelapa sawit, belimbing, hutan belukar dan semua ini hanya tinggal kenangan. Kalau aku masih ingat hutan simpan Air Hitam, Sepang, Dengkil, Semenyih, Bukit Belacan, Balakkong, Kinrara, Puchong semuanya dimasuki tetapi sekarang kawasan telah menjadi kawasan perumahan dan dibelahi dengan lebuhraya. Begitu juga semasa latihan kembara di Johor pendakian Gunung Panti, kawasan Mersing (awal dibina tapak kem Iskandar tahun1981), Pulau babi besar juga kami jelajahi dan yang paling menarik berakit diSg Johor bermula di kpg Makan Kota Tinggi. Di kaki Gunung Panti kami dalam satu kumpulan terpaksa melalui paya dan sepanjang hari hujan jadi semua basah kuyup dan mengigil kesejukan. Diawal pagi kami menyusuri laluan balak dan sampai dikemuncak gunung Panti dan keluar melalui kawasan kampung.
Selain latihan ketenteraan kami juga perlu menduduki peperiksaan HSC (sekarang diploma pengurusan dan Ijazah bagi Uni. Pertahanan), tetapi kepentingan akademik kurang diberi penekanan. Kami juga kalau dah letih masuk kelas ramai yang buta daripada yang celik (kun/tidur). Begitu juga kalau ke kelas masa junior kena berlari dalam kumpulan dengan lari bertongkat, bawa briefcase dan ditambah pulak lepas makan. Bila jadi senior bolehlah berjalan dalam kumpulan. Peristiwa skot bernama Kenali yang tepingga-pinga bangun bila Kol Munir (di Dewan Templar) menyebut "kenalilah diri kamu......" dalam ucapannya menyebabkan skot yg terkun kot, bingkas bangun berdiri dan menyebabkan Kol Munir memarahi beliau kerana kurang sopan bangun apabila beliau berucap. Apa lagi kena berlari keliling square le. Kami juga merupakan kumpulan terakhir (kalau tak silap) menerima watikah di raja di Istana Negara daripada DYMM Sultan Pahang selaku Yang Dipertuan Agong. Inilah kali pertama masuk istana dan berlatih diistana sebelum menerima watikah dan aku juga dapat membawa ayahanda dan bonda menyaksikan majlis penganugerahan tauliah tersebut. Saat paling menakutkan apabila diumumkan samada berjaya ditauliahkan atau tidak.
Terima kasih kepada jurulatih terutamanya kepada Jurulatih Pegawai dan Staf yang berusaha memberi tunjukajar sehingga aku berjaya hingga ke hari ini. Masa dulu hanya jadi PKR dan PKK aje. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive