Tuesday 20 May 2008

TUTUP KEDAI, UNTUNG BELUM DAPAT

Hari ini hampir 6 bulan aku menyiapkan disertasi untuk keperluan sarjana HRM. Aku mula mendapatkan tajuk pada pertengahan bulan 12 2007 dan mula membuat literature review mengenai tajuk yang dipilih. Tajuk khusus mengenai pengetahuan tasit (tacit knowledge). Aku juga sudah merancang untuk mendapatkan supervisor yang juga dijangka mengajar subjek perundingan perniagaan (Dr Yazam). Kerangka kertas kajian dimajukan kepada supervisor pada pertengahan Jan dan malangnya Dr Yazam bercuti sabatical jadi aku terpaksa merujuk dengan Pn Norsiah, akhirnya Dr Faizuniah bersetuju menjadi supervisor kerana beliau juga telah menyiapkan tesis Phd dibidang knowledge management.
Sehingga hari ini, sudah lebih 10 kali aku berulang alik kepejabat supervisor di Tkt 4 COB. Beberapa draf yang dimajukan dibuat semakan dan pembetulan. Sehingga saat akhir masih banyak pembetulan perlu dibuat. Hikmahnya berulang alik dan bekali-kali jumpa supervisor dapat mengetahui kesalahan dan kesilapan, dan bertapa ilmu itu terlalu besar sepertimana disebut di dalam AlQuran "walaupun ilmu Allah itu ditulis tidak ia cukup 7 lautan sebagai dakwatnya". Aku yakin ilmu yang aku dapat mungkin hanya secebis atau sekecil kuman (Walahhualam) tapi sedikit sebanyak aku dapat merasai bagaimana rakan dan pemegang Phd mengharungi kepayahan untuk lulus Phd. Semasa belajar Research methodology aku membuat proposal kejurulatihan PLKN tetapi aku menukar hasrat membuat kajian jurulatih PULMAT sebagai langkah pemula dan rekod dalam perkhidmatan. apabila tesis sebenar dilaksanakan. Aku terpaksa belajar dari awal sistem SPSS dan membuat analisa berdasarkan panduan tesis orang terdahulu dan seterusnya membuat analisa sendiri bagi menyokong dapatan kajian. Walaupun ianya tidak mencapai kepuasan sekurang-kurangnya aku berjaya berusaha sendiri dan dibantu oleh supervisor.

Tepat jam 1100 tengahari aku mendapat lampu hijau, kertas dersitasi diluluskan untuk binding dan supervisor menurunkan tandatangannya. Bukan kepalang terima kasihnya aku kepada beliau pada masa yang sama, Pensyarah dan kenalan aku En Ghaz (ajar HRD) juga turut berada dibilik apabila tanda tangan diturunkan. Awal pagi aku bangun tahajud dan sembahyang hajat agar mempermudahkan urusan aku keesokan harinya. Aku juga merasakan kertas diperingkat sarjana hanya baru 35 peratus susahnya daripada buat Phd, kalau nak terus Phd aku kena beri tumpuan 200 peratus dan memerlukan disiplin yang tinggi jika hendak mendapat kualiti yang tinggi.
Sekembalinya dirumah aku terus membuat pindaan terakhir dan jam 1400 aku ke kedai buku untuk tempahan binding. Di Changlun hanya sebuah kedai dekat BSN yang mampu membuat binding dan harganya RM 20.00 senaskah, tetapi kemahiran bagi membuat hard gold embossing beliau juga perlu membuat tempahan di Syarikat di P. Pinang. Beliau berjanji akan menyiapkan kerja-kerja tersebut sebelum 25 Mei 2008, iatu tarikh akhir memajukan disertasi sarjana. Ramai lagi rakan-rakan masih berperang untuk menyiapkan disertasi tetapi mereka lebih cekap kerana kulit dan tajuk disertasi telah siap ditempah lebih awal dan apabila siap hanya binding aje dan hanya memerlukan satu hari, kalau tidak jadi macam aku kena tunggu lima hari baru siap binding. Pengajaran ini perlu diwar-warkan agar sesiapa yang dah siap final draf boleh terus tempah kulit dengan anggaran muka surat, kerana proses binding mengambil masa 3 ke 5 hari itu pun tertakluk jarak dengan syarikat yang pakar di dalam plat embossing. Bagi aku di dalam menghabiskan pengajian yang paling perit dan jerihnya adalah menyiapkan disertasi yang lain itu, boleh dihabiskan dalam masa dan ruang senggang, lepas itu boleh tumpu kepada mata pelajaran lain, tetapi kalau buat disertasi, kita akan menghadapi masalah yang sama dan perlu dibuat berulang-ulang sehingga kita sendiri ,'confuse' dan kadangkala terlalu banyak open file bila print confuse mana yang mutakhir.

Sejak awal disertasi dah 3 rim (500helai per rim) telah digunakan dan pelbagai belanja perlu dikeluarkan, dan elaun yang diberi RM 1,500.00 sesuai jika diperhalusi keseluruhan perbelanjaan. Di akhir pengajian dapat sebuah printer laser jet (tahun 2006 RM 500.00), lap top dan buku rujukan jadi berbaloi dapat elaun pengajian oleh ATM. Kepada rakan yang ada peluang rebutlah keistimewaan yang disedikan. Thank you my lecturers and MAF. Ketenangan dan masa bersama keluarga adalah hadiah paling berharga sepanjang di dalam LPK (L2). Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive