Sunday 18 May 2008

AKTIVITI SUKAN SEJAK BANGKU SEKOLAH

Sejak dari sekolah rendah aku sudah mula bersukan dan mewakili sekolah rendah di dalam bola sepak. Masa dulu latihan berkaki ayam dan latihan dibuat di awal pagi, sampai disekolah kami dikumpulkan ditepi padang dan diarah berlari sejauh 1km pergi balik berkaki ayam. Masa tu tahun 1969 Djh 3 SKBL dah dipilih dan disekolah pun padangnya tak cukup ukuran. Kami dulu kalau lawan bola dengan sekolah lain kena naik kereta cik gu. Aku masih ingat cikgu Omar yang melatih kami. Lawan dulu sekolah Kpg Jawa, Bkt Besar dan jika menang kena awan sekolah luar dan kadangkala sampai ke A.Star. Sebelah petang pulak joint kumpulan belia dipadang sekolah, waktu itu kalau nak minta sponsor mestilah melalui wakil rakyat dan kami juga kena cari duit melalui kerja amal gotong royong angkut tanah merah tambak kawasan rumah. Kami juga kena bayar yuran seringgit dan kalau ada lebih dapatlah derma. Sekitar tahun 70an kegilaan bolasepak bukan kepalang dimana setiap kampung pasti ada tim sendiri dan wakil rakyat atau pihak sekolah mengadakan liga. Pertandingan ada yang dibuat di atas sawah padi masa musim kemarau ,tiang gol dn palang gol daripada batang buluh dan sekeliling dipagar plastik dan bayaran dikenakan 10 ke 20 sen. Pialanya taklah seberapa tapi kemeriahan dan kemenangan yang menjadi impian. Tim kami juga beberapa kali menang itupun kena bawa pemain luar, kami dulu dah upah pemain luar bayaran antara 10 ke 15 ringgit. Kebiasaanya yang dipilih adalah penyerang atau penjaga gol. Zaman tu, kepercayaan ke atas ilmu hitam sentiasa menjadi bualan ada yang menang guna ilmu hitam (bomoh) penjaga gol nampak banyak bola datang masa nak tangkap. Begitu juga ada yang berjudi berapa yang kena gol atau pasukan mana yang menang. Ini melibatkanb penonton cina dan sebilangan kaki judi melayu. Masa tingkatan 4 aku pulak aktif dan jadi ketua tim, jadi kami perlu dapatkan pemain terbaik jadi terpaksalah panggil rakan sekolah menengah. Kalau perlawanan sekitar kampung, ibu dan ayah serta penyokong kaki bola akan turut mengiringi kami ke perlawanan diluar kampung. Selepas tahun 1980an sukan ini semakin pudar kerana pertandingan liga seperti dulu tidak lagi diadakan dan banyak anak muda mula masuk asrama penuh dan juga memilih permainan sukan badminton dll yang tidak memerlukan ramai pemain. Kalau dulu senang-senang atas padang 30 pemain boleh dapat tetapi sekarang nak cari 11 orang pun susah.
Di sekolah form 1 baru berjinak dengan hoki, dan wakil sekolah walaupun pertama kali main. arena olahraga juga mula diperkenalkan disekolah dan setiap tahun olahrga sekolah pasti dinanti setiap murid yang minat sukan. Aku masuk lari 100 meter, 200 meter, lompat jauh, kijang dan lompat tinggi. Yang uniknya setiap kali olahraga sekolah akan cedera kenangan bagge kejohanan dan menjadi hobi sebahagian murid dan disematkan ditopi. Ada yang taraf gila collection badges sanggup beli banyak-banyak untuk buat petukaran dengan rakan-rakan sekolah. Bersambung---------

1 comment:

fauziabd said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive