Sunday 1 June 2008

CUTI DAN BERGAWAI DI MIRI

Percutian kali pertama di Sarawak (4Jun 2004) bersama seisi keluarga adalah kenangan yang menarik sebab semuanya lengkap. Waktu ini anak yang sulung sedang menunggu keputusan STPM, kedua SPM, ketiga tingkatan 3, keempat tingkatan 1, kelima Darjah 3 dan keenam berumur 3 tahun. Waktu ini kami dapat juga menggunakan kemudahan tiket percuma (bercuti dalam negeri) menggunkan kapal terbang ke Miri Sarawak (terakhir kelonggaran polisi ATM). Perjalanan kami dari Kuching dengan pesawat fokker pada awal pagi ke Miri.
Kami dan anak-anak amat beruntung kerana kali pertama semasa datang ke Sarawak dapat menaiki pesawat 747 Boeing kerana Air Asia (kontrak pergerakan anggota Mindef) kerana membuat penerbangan melatih krew ke Mekah. Sebelum itu kami sekeluarga juga dapat menginap di hotel Grand Season KL selama 3 hari 2 malam dan setibanya di Kuching kami tinggal pula di bilik Suite di Merdeka Palace (4hari). Semasa berkhidmat di Sabah tahun 1988 kami juga mendapat kemudahan pesawat Mas kerana ketiadaan pesawat charlie TUDM, kemudahan feri Malaysia semasa balik bercuti tahun dan menaiki pesawat TUDM (turun di TUDM Subang) semasa balik daripada Sabah tahun 1990. Begitu juga 2 anak yang kecil tahun 2006 dapat naik pesawat twin Otter ke Lawas dari Miri, feri dari Labuan ke Menumbok dan juga menaiki speed bot dari K. Sepetang ke Labuan.
Berbalik cuti di Miri, setelah sampai di Miri (Airport baru dirasmikan) kami menaiki teksi ke Hotel Telan Usan sebab hotel di bandar semua penuh memandangkan sambutan Gawai peringkat Kebangsaan. Petang itu, aku membawa anak-anak menaiki bas awam (kat KL dan Klang) tak pernah ajar anak naik bas semua pakai kereta atau naik kommuter dan LRT. Bas di Miri lebih baik dari Kuching sebab berhawa dingin kalau kat kuching bas panjang yang uzur. Kami meronda ke Miri Boulavard, menjelajahi hampir separuh pekan Miri. Kami juga berpeluang menaiki land Cruiser baru JKR di atas kebaikan pemandu sudi menumpang kami hingga ke hotel kalau tidak lewat malamlah sampai kerana bas penuh sesak dan teksi juga tidak kelihatan mungkin ikut serta dalam pesta setahun sekali.
Memandang esok acara pembukaan sambutan gawai oleh Agong kami juga menapak ke Padang Jubli Miri melihat persiapan akhir. Kami tidak bercadang untuk datang keesokan harinya kerana pasti penuh orang ramai jadi kami merancang ke Gua Niah. Perjalanan ke Gua Niah selama 45 minit dengan menyewa van setibanya di taman negara Gua Niah kena pula berjalan kaki hampir 2 jam berjalan di atas pelantar kayu hingga ke kaki gua Niah. Pemandangan kiri kanan hutan hujan dan sesampai di Gua Niah anak merungut hanya bau tahi kelawar dan kesan sejarah tidak lagi menjadi perbualan kerana semuanya kepenatan. Walau apapun yang menariknya semasa berjalan dan meniti laluan pelbagai gelagat anak-anak dapat dilihat. Yang kecil terpaksa didukung, kendong sebab takut berjalan di atas pelantar kayu. Walaupun cuaca redup dan tedoh tetapi kepenatan berjalan dan mendukong beban (adik) menyebabkan semuanya keletihan.
Keesokanya kami turut serta ke tapak Pesta Gawai dan melihat pelbagai pamiran dan budaya
peribumi Sarawak. Kami dapat merasai makanan umai, sagu, ayam pansuh, menyumpit, menenun kain pua, muzik sapi dan menyaksikan tarian kebudayaan pribumi di Sarawak. Tak rugi kunjungan kami ke Miri kerana pada tahun berikutnya (2005), kemudahan cuti berbalik kepada asal hanya 2 anak berumur 12 tahun ke bawah yang layak mendapat kemudahan cuti percuma. Sesungguhnya pengalaman berharga ini tidak dapat memadamkan ingatan kami sekeluarga, kami berbangga kerana dapat menggunakan kesemua kemudahan pengangkutan di Sarawak.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive