Wednesday 4 June 2008

KENAIKAN HARGA MINYAK

Aduh, bajet makin hari makin kempis, yang masuk terus berkurangan sekarang setiap liter kena tambah 7 kupang. Sebulan isi minyak lebih kurang RM350.00, setahun dah RM 4,200.00 Kalau tambah 7 kupang seliter mau jugak jadi RM 494.00 sebulan, setahun jadi 5,929.20. Perbezaan harga setahun 5929.20 tolak 4200.00=1,729.20. Dapat balik RM 645.00 jadi kena keluaq tambahan RM 1,084.20 keluaq dari kantung bajet asal sebelum kenaikan harga minyak. Minyak kena isi hari-hari, hantar anak, kerja, pasar dll.
Bertambah parah, bila harga letrik naik pulak bulan Jul dan bagaimana barangan yang berkaitan kos pengangkutan? pasti naik walaupun diawal kerajaan pantau tetapi semakin lama semakin mudah lupa dan orang yang pantau juga tak larat nak pantau jadi dia pun bersongkongkol dengan peniaga, pemborong dan pengeluar. Inilah pasaran bebas bila diletakan harga ikut sedap. Yang pasti barang tetap naik, tetapi barang mana ada yang turun makin lama makin meruncing atas alasan kos bahan mentah naik. Sekarang kencing pun kena bayar turut naik harga tetapi service macam tu jugak dan kadangkala lebih teruk. kalau tahan nak balik rumah atau nak cari semak alamat kanser postat pulak.....
Macamana nak pasti harga tak naik? subsidi makin bertambah dan bertambah tiris pula yang patut tak dapat, paling cepat dan rakus mencari jalan merasai kenikmatan subsidi. Yang menjadi pagar juga turut memakan hasil melalui pelbagai cara dan buruk etika? petani, nelayan peladang yang sederhana pendapatan (majoriti) juga pasti terdesak di atas kenaikan minyak dan bahan mentah begitu juga golongan pendapatan sederhana pasti terasa sebab yang susah dibantu penuh, Yang kaya berusaha mendapat barangan dengan harga murah serta pelbagai cara mengurangkan bebanan, peniaga yang kaya mengaut keuntungan berganda dalam masa singkat. Contoh kenaikan minyak 70 sen seliter dalam masa sekelip mata stok lama menjadi lombong emas, begitu juga stok bahan mentah dinaikan secepat mungkin tanpa ditangguh.
Yang terngaga mulut, melopong poket meniris adalah orang yang berpendapatan sederhana juga yang disuruh berjimat, mengurangkan belanja dan pakai yang sepatutnya. Sepatutnya subsidi diteruskan dengan berhemah, gaji dinaikan sejajar dengan service dan juga kenaikan barangan, cukai pendapatan dikurangkan seiring dengan inflasi dan semakin dekat pencen lagi 5 tahun dikecualikan cukai, lesen memandu hanya dibayar sekali sehingga pencen memandu, tol dikurangkan setiap tahun dll yang boleh mengurangkan bebanan rakyat. Banyak lagi kaedah boleh memberi kebajikan dibincangkan oleh wakil kepada rakyat bukan setakat turut merasa tetapi mesti menanggung bersama rakyat.
Penarikan balik penjualan minyak kepada warga asing juga menjadi bahan ketawa, sekejap tekan tak boleh, lepas tu boleh pulak atas alasan bayar balik kepada pengguna rakyat dapat subsidi. Yang menjadi isu sepatutnya dibenarkan isi hanya 10 liter untuk melepasi sempadan, dan yang menjadi masalah kepada penduduk sekitar sempadan ialah keangkuhan pengusaha dan sikap kurang ajar warga asing ikut suka pandu masuk, parking, laju dan pelbagai kerenah kepada keharmonian dan kedamaian masyarakat setempat. Kalau balik negara, minyak lebih separuh kena bayar atau kenderaan masuk Malaysia kena levi berdasarkan kos harga minyak tanpa subsidi dan disalur kepada subsidi minyak negara. Pelbagai cara dan kaedah boleh dibuat jika kerajaan berbincang dengan ahli ekonomi, wakil kepada rakyat dll berperingkat dan istiqamah, bukan hanya diperingkat menteri kabinet sahaja. Nampaknya yang kaya bertambah kaya yang pendapatan rendah bertambah papa yang sederhana makin miskin?????????.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive