Tuesday 1 January 2008

ADIK WAN AKAD NIKAH

31 Dis 2007, akhir tahun adik Wan (Anak Kakak) mengakhiri zaman bujang dengan pasangan Julaina. Majlis diadakan di masjid Lana Bulu Mukim Jerlun selepas sembahyang Zohor. Majlis dihadiri sebelah lelaki dan perempuan kami tiba lebih kurang jam 1315, selepas terlajak jalan hingga ke pekan Kerpan.
Selepas majlis akad nikah dan batal air sembahyang kami ke rumah pengantin perempuan ditepi taliair, rombongan kami dijamu dengan makan tengahari nasi putih, masak jeruk asam ikan haruan, sayur keladi, ikan pekasam dan pisang masak lemak. juam 1530 kami berangkat balik. Majlis persandingan akan diadakan pada 10 Feb 2008 sebelah pengantin perempuan dan 16 Feb 2008 di rumah pengantin perempuan. Adik Wan juga dapat kontrak membersih di 7 sekolah kawasan Sedaka/ Sg Limau/Yan selama 3 tahun dengan kos hampir 1.2 juta, inilah rezeki pengantin baru. Semoga penikahan ini akan menjadikan beliau lebih dewasa dan mandiri. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive