Monday 14 January 2008

KERJA SAMBILAN SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Zaman sekarang peluang pekerjaan begitu banyak sehingga hampir 2 juta pedatang asing sanggup menempuh cabaran untuk mengambil peluang pekerjaan di Malaysia. Ada yang datang dengan izin dan ada yang secara haram (PATI). Kebanjiran mereka ini banyak membantu ekonomi Malaysia seperti dibidang pertanian, pembinaan dan perdagangan, begitu juga golongan separuh professional dan professional. Kalau datang secara sah, ianya mudah dan jarang dianiaya tetapi jika secara haram banyak masalah dihadapi seperti penipuan, jenayah dan masalah sosial lain. Ada kalangan mereka ditipu, dianiaya (dera, tidak dibayar gaji, dll). Isu kebanjiran ini hampir setiap tahun dijadikan isu melariskan surat khabar, politik dan perbincangan kedai kopi oleh setiap warga Malaysia, namun yang pastinya kehadiran mereka menyaingi orang tempatan di dalam mendapat pekerjaan. Gaji yang ditawarkan kepada pekerja asing rendah dan majikan mendapat keuntungan dan juga kurang masalah pengganti, kebajikan, wang KWSP, SOCSO dan lain-lain isu pengurusan sumber manusia. Mereka mampu diberi gaji yang kecil kerana mereka ini datang berseorangan dan tidak memerlukan lain-lain kemudahan sebagaimana rakyat tempatan. Masalah bayaran bil-bil, keperluan sosial seperti kenduri, kejiranan tidak perlu dibayar kerana keluarga mereka berada di negara asal dan matawang mereka juga rendah. Gaji antara 200 ke 500 adalah memadai kerana mereka boleh menghantar pulang sekurangnya separuh dari gaji. Kalau rakyat tempatan, bayaran bil, dan lain-lain keperluan asas seperti pengangkutan dan makanan hampir separuh dari gaji, baki yang ada cukup-cukup untuk belanja sampai hujung bulan. Sebab itu, kita lihat orang tempatan berkerja dikedai-kedai bersifat sementara dan juga memilih kerja. Kalau mereka bekerja lama disatu tempat mungkin diberikan gaji meningkat setiap tahun atau ada nilai tambah seperti ada pekerjaan sampingan selepas waktu kerja.
Kebanyakan kedai-kedai, restoren, ladang, rumah, pembinaan dan pasar raya mengaji pekerja Indonesia, Mynmar, Bangladesh, Pakistan dan Thailand. Rakyat tempatan tidak sanggup bekerja memandangkan upah tidak setanding dengan pekerjaan yang dilaksanakan. Tambahan pula akibat dari kemajuan dan perubahan minda anak-anak muda lebih senang menggangur dan ibubapa tidak kisah kalau anak tidak bekerja kerana masih mampu menyara anak-anak. Persoalanya ramai ibubapa tidak sanggup melihat anak-anak bekerja teruk dan akan jatuh taraf/air muka kalau anak-anak kerja kontrak, buruh, atau kuli. Alangkah baiknya anak-anak ini disuruh bekerja agar dapat menaikan semangat untuk berdaya saing dan mengenal kepentingan ilmu pendidikan baik secara formal atau tidak formal. Kalau bekerja dibidang perniagaan mungkin menanam minat mereka untuk membuka perniagaan di masa hadapan, jika melibatkan pertanian boleh menjadi peniaga atau pemborong. Pengalaman yang diperolehi nanti mungkin membuka mata dan semangat untuk maju. Kalau dilihat ramai jutawan bangsa Tionghua (Mendiang Goh Tong, Boon Siew, , Yap Ah Loy) dahulunya bekerja sendiri atau jadi kuli tetapi disebabkan pengalaman dinegara asal mereka nampak begitu banyak lubuk emas di Malaya yang belum diterokai. Mereka bersatu di bawah Persatuan Agama, Keturunan, Dewan Perniagaan, Kesihatan (Tai Chi, Qing Gong) bagi mendapatkan dana dan bantuan nasihat. Kalau dilihat begitu banyak persatuan ini mempunyai pejabat dan rumah kedai di bandar-bandar, mungkin juga disebabkan survival dan minoriti mereka terpaksa mengambil inisiatif sedemikian? atau kalau ingin maju mesti ada networking? Biar apapun kalau kita belajar tentang perniagaan yang pastinya networking (rangkaian), khidmat nasihat dan bantuan modal adalah paling penting.
Kita semua perlu berubah dan masa sekarang adalah langkah pertama untuk menyuntik semangat berdikari dan kita juga jangan lupa memastikan mereka melangkah dengan betul dengan memberi rangsangan dan nasihat. Pegangan agama dan solat perlu juga ditekankan agar mereka tidak terus lupa tanggungjawab dan menjadi pekerja yang cemerlang dan dihormati, InsyaAllah dengan teras agama dan moral yang baik, majikan bukan Islam pasti hormat kepada orang Islam. Jika dilihat dan ditinjau pandangan dari orang bukan Islam kita hanya cakap tidak serupa bikin, berapa ramai orang melayu dikatakan malas, tidak boleh percaya, penipu, penagih dan pencuri? Disebabkan segelintir anak bangsa yang malas dan penyakit di atas, pandangan dan persepsi buruk terhadap orang islam/Melayu ini masih menebal di kalangan bukan Islam.
Oleh itu, biarlah mereka berdikari dan kita memberi sokongan untuk mereka terus bertanggungjawab. Zaman dahulu peluang sebegini mungkin tidak banyak dan lebih kepada membantu ibubapa diladang, kebun atau menjaga adik dirumah. Peluang untuk makan gaji semakin sukar dan kalau dilihat ramai yang berjaya hidup mewah jika terlibat di dalam perniagaan walaupun cabarannya amat besar. Ada juga yang membuat dua dan tiga pekerjaan sekaligus, seperti bekerja sebagai buruh dan disebelah petang berniaga dan juga bertani, walaupun sibuk tetapi masih sempat mendidik anak-anak hingga berjaya. Oleh itu, kita perlu melangkah dan sentiiasa berfikiran positif asalkan usaha itu halal dan bermanfaat didunia dan di akhirat. Syabas buat Cik C Mart dan Lang Guardian, usaha itu tangga kejayaan dan perlu dikuatkan dengan keimanan, solat itu tiang agama. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive