Sunday 6 January 2008

JUMPA SKOT LAMA

6 Jan 08. Setelah satu tahun setengah baru jumpa skot Lt Kol Zul yang sedang mengikuti pengajian peringkat Phd. Sebelum itu hanya berhubung melalui HP aje. Dulu kami sama sama masuk kadet, Zul asalnya orang Gurun, Kedah. Kesempatan ini memberi ruang untuk bertanya khabar dan juga soal pengajian.
Hampir satu jam di Tkt 4 PSB kami ke COB, kami ke pejabat Kapt (B) Mestakin yang sekarang jadi Pensyarah di Fakulti Perniagaan (Logistic and Tpt Planning). Zaman berubah, skot semasa YO KP dan YO Tactic di Kota Belud, dah berjaya menjadi Pensyarah dan sekarang sedang peringkat akhir Phd. Kami salute di atas usaha beliau walaupun tidak berjaya di dalam kerjaya ATM, beliau menceburi bidang logistic di KONNAS setelah berjaya lulus CIT (UK) (Persendirian) dan seterusnya mengambil Master dan Phd.
Selepas berborak kami 'lunch' di Batu 15 jalan UUM Sintok. Selesai kami ke FSM jumpa Lt Kol Kama (Datuk K diberi gelaran rakan kuliah) yang baru hari kedua mengikuti Sarjana MHRM. Kenangan lama dan juga kata-kata semangat untuk terus berjaya di dalam pengajian dan mencari ilmu baru menjadi tajuk perbualan. Kami juga berbangga walaupun umur sudah senja dan perkhidmatan berbaki 2 tahun, beliau sanggup menghabiskan cuti hujung minggu dengan memandu dari Penang ke UUM semata-mata untuk mengapai segulung Sarjana. Inilah hakikat bahawa ilmu pengetahuan amat berharga bagi mendapat peluang pekerjaan ataupun untuk menghabiskan waktu hari tua dengan lebih berkualiti. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive