Saturday 12 January 2008

KEBAKARAN DI PEKAN CHANGLOON

11 Jan 2008. Jam 1710 kelihatan asap hitam dari pekan Changloon, kami ingatkan datang dari pembakaran sampah, selang lima minit jiran balik dari pekan memaklumkan kebakaran di bangunan kedai papan 2 tingkat. Kami lihat asap semakin menebal dan kedengaran bunyi siren bomba bertali arus dari arah pekan. Jam 1800, aku ke pekan dengan Kancil untuk membeli berus gigi dan setibanya di depan kedai Shell jalan menuju ke Pekan Changloon sesak dan jelas kelihatan api dan asap sedang marak dan asap hitam menyelubungi kawasan kebakaran. Setelah singgah di C Mart aku ke Pekan Changloon ikut jalan pintas dan setibanya di belakang Pasar didapati ramai orang sedang membantu kebakaran. Di dapati hampir lima belas kereta bomba berkelip dengan isyarat kecemasan terpasang ada yang datang dari Kuala Perlis, Pendang, Kuala Kedah dan dari kawasan Kubang Pasu.
Yang lebih menarik kebanyakan kereta bomba ini adalah dari pasukan Bomba Sukarela dan hampir keseluruhan mereka adalah bangsa Tionghua, jelas kesedaran tinggi mereka di dalam menanggotai badan sukarela, mungkin disebabkan kedudukuan ekonomi dan juga mereka perlu menjaga harta benda (ekonomi) sebelum menanti Pasukan Bomba yang jauh dibandar-bandar besar. Kebaikan ini mungkin juga dapat membantu pihak lain tidak kira bangsa dan agama. Dilihat juga pekedai berhampiran dan orang ramai membantu memancutkan nozzle bomba ke arah kebakaran.
Inilah pengalaman pertama melihat kebaran besar bangunan. Berbalik ditempat kebakaran didapati hose air bomba berselirat disekeliling bangunan dan setiap anggota bomba cekap memadam kebakaran dengan bantuan orang awam. Air diperolehi dari pili bomba dan juga sungai dan longkang besar disekeliling bangunan. Semasa sampai, api telah hampir padam dan telah pun memusnahkan hampir 12 daripada kedai yang tinggal hanya dikedai tepi kiri dan kanan dan apai masih marak di 2 buah kedai dimana punca kebakaran disyaki berlaku. Kedai runcit dipercayai menyimpan stok minyak masak masih menyala walaupun pancutan air dituju kearahnya, jadi pihak bomba hanya menyembur air disekeliling kawasan agar tidak merebak ketempat lain. Di sekeliling kawasan didapati pancutan air dari hose air bocor macam pesta "Songkran" Thailand dan diselebungi asap dan sinar matahari petang. Aku juga berpusing membuat pemerhatian tempat kebakaran dan tiada ada barangan yang dapat diselamatkan cuma beberapa tong gas dan peralatan dari klinik keluarga. Kedai yang terbakar ialah kedai runcit Ramesh dan Kumar, Perabong Hong, Kedai eletrik, kedai makan cina, kedai ubat cina dan stor getah skrap. Kedai kosong ditepi dan kelinik keluarga hanya terbakar dibahagian dinding. Di dalam kesibukan orang membantu dan memerhati kebaran ada juga insiden peragut, jadi ramai yang berhampiran dengan insiden mengejar sipencuri, jadi bertambahlah khabar angin dan cerita tentang sipencuri, begitu juga ada ramai wartawan tidak bergaji memaklumkan tentang punca kebakaran, masa kejadian dan berbagai lagi cerita. Hampir jam 1900 aku bergegas balik dan dilihat jalan ke arah Alor Star sesak teruk, dan aku perlu bergerak balik ikut jalan Sintok lama UUM dan buat pusingan balik highway UUM/Perlis masuk ke Titi Kerbau danberpatah balik ke Pekan Changloon, perjalanan 2 kilometer menjadi 8 kilometer. Semasa balik aku dapati jalan dari Bkt kayu Hitam sesak teruk. Pada malamnya kami ke UUM makan Roti Naan dan Tandoori dan jam 1000 malam kami kembali ketempat kejadian dan masih ramai orang datang meninjau tempat kebakaran dan didapati tinggal 3 buah kereta bomba masih memadam sisa kebakaran yang masih menyala dikedai runcit samada stok minyak masak atau barangan plastik, getah. Ramai yang datang dari jauh Pekan Jitra, Kodiang, Arau setelah mendapat berita dari jiran dan juga berita jam 8 malam.
Istilah api bila kecil jadi kawan bila beasar jadi lawan amat bertepatan kerana kebakara yang besar memusnahkan kedai sekelip mata dan tiada yang selamat, tapi kalau kecil boleh menerangi hidup, memasak makanan yang enak dll bagi manfaat manusia. Bayangkalah api diakhirat yang menanti manusia di atas balasan jahat/dosa walaupun kecil tapi ianya amat menyeksakan.
Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive