Tuesday 1 January 2008

RUMAH DI ABLELINK ENDAH

Rumah kami di Klang telah 5 tahun ditinggal kosong, awal tahun 2003 rumah disewa selama 6 bulan, lepas itu tiada penyewa disebabkan rumah-rumah dan taman perumahan baru tumbuh seperti cendawan diwaktu hujan. Sekeliling taman kami duduki dipenuhi taman perumahan seperti Bandar Puteri, Bandar Botanic, Bandar Putera, dll.
Rumah dihuni pula oleh serangga perosak Siputih anai-anai, setelah disiram ubat pemusnah anai-anai berkurangan. Setiap 6 bulan kami balik mengemas dan membersih laman. Pada 28 Dis 2007, kami dapati meter air dicuri orang dan air memancut, jadi terpaksalah membeli flexible paip disambung ke dalam rumah, dan ditutup kembali. Buat masa ini tak perlu dimasukkan meter air takut dicuri lagi. Sekarang ini , penyangak besi buruk, menjadikan sasaran meter air dan lebih malang lagi dibiarkan air melimpah bayangkan berapa banyak kerugian dan pembaziaran akibat daripada penyangak yang tak bertanggungjawab. Masalah ini hingga sekarang tidak dapat diatasi oleh TNB dan juga Syabas (Sykt Bekalan Air Selangor) dan sudah tiba masanya kedai besi buruk, barang lusoh diserbu dan dicatatkan penjual barangan tersebut. Sepatutnya syarikat besi buruk diletakkan dibawah kawalan polis dan diwajibkan melapor jika penjual adalah kalangan penjenayah.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive