Tuesday 1 January 2008

MASUK SEKOLAH TAHUN SATU DAN TAHUN 6

2 Jan 2008. Rabu, Awal pagi jam 0430 adik Emee dah kejutkan kami dah tak sabar nak ke sekolah. Selepas diajak tidur kami kejutkan dia dan abang Tam jam 0600. Mama menyediakan air panas untuk mandian dan sarapan pagi. Waktu pagi berlalu begitu cepat, mereka dah pandai baju sendiri dan menyediakan keperluan untuk kesekolah dan solat suboh. Mereka dibekalkan nasi goreng. Besok minta belikan susu dengan 'Koko crunch' untuk sarapan pagi. Jam 0710 pagi adik Emee dan abang Tam ke sekolah dengan dihantar dengan Kancil dengan ditemani coreng. Lepas tamat sekolah adik Emee kena tunggu abah kat kantin sekolah, dan abang Tam juga dikehendaki membayar yuran khas RM30.50 dan bayaran tambahan RM110.00 akan dibayar setelah mendapat pengesahan daripada Guru Kelas. Abang Tam pula kena buat persiapan awal untuk menduduki UPSR pada bulan Okt nanti. Langkah pertama ke sekolah tahun 2008 bagi menjadi lebih berdikari dan mencari ilmu untuk masa hadapan yang lebih cemerlang.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive