Tuesday 1 January 2008

BERAKHIR TAHUN 2007, DAN AWALTAHUN 2008

Macam biasa sambutan awal tahun bukanya menjadi sambutan kami sejak dulu lagi, bagi kami berakhir tahun dan awal tahun tiada yang istimewa cuma menguruskan persekolahan dan merancang keperluan tahun baru. Kami malam itu, menonton vedio 'The Legend' dan siaran TV tiada cerita menarik hanya hiburan 'countdown' dan macam biasa juga isu dan 'rewind' peristiwa tahun 2007 untuk dikupas dan diulas. Keesokan pagi berita akan dipenuhi dengan pelbagai ragam sambutan ada yang keterlaluan, pengisian rohani dan muhasabah diri dan ramai yang tak tahu dah masuk tahun baru 2008.
Dalam berita jam 2000 cerita serupa tahun sebelumnya dengan gambar Mat Punk tak berbaju dan terkinja-kinja, mabuk, hidu gam, kekotoran, lucah dan kawasan dipenuhi sampah sarap serta pergaduhan kumpulan anak muda. Macam cerita lama juga 'countdown' di dataran Merdeka, Bintang Walk, Sunway Pyramid, Danga Bay, Penang Fort Corwalis berhimpunnya orang kenamaan, biasa, belia dengan program diisi dengan hiburan baik diajur oleh kerajaan atau swasta. Alangkah baiknya majlis ini diisi dengan program berfaedah sepertimana tabung Tsunami, Mangsa banjir dll. Majlis boleh dibuat dengan lebih berhemah dan tertib, Jika ini dibuat dengan pengisian minda dan jelmaan anak muda mengikut acuan barat, satu masa nanti sambutan akan lebih teruk dengan perbuatan yang lebih tidak senonoh. Ruang menyambut tahun baru boleh dibuat diperingkat taman perumahan dengan ceramah dan pamiran peristiwa tahun 2008 serta matlamat 2008, kalau ada hiburan boleh dibuat ditempat tertutup seperti di stadium agar mudah dikawal dan dipantau segelintir manusia yang nakal dan adventurer.
Ceramah mengenai kejayaan dan halatuju boleh menjadikan manusia lebih bermatlamat dan mengetahui batas-batas yang perlu dipatuhi. Di taman tepat jam 12 tengah malam , kemeriahan bunga api juga dilancarkan bagi memeriahkan sambutan tahun baru. Alangkah baiknya pada awal pagi 2008, dimulakan dengan aktiviti bersenam, dan bukanya mulai 2008 dengan tiduk dari jam 5 pagi hinggz 12 tengahhari? terutamanya yang hadir di majlis sambutan, baik yang atas atau yang bawah pasti ada yang terlepas solat atau rezeki waktu pagi. Azam tahun 2008 boleh juga ditulis dan dibincangkan bersama keluarga bagi mencapai matlamat tahun 2008. Di Kedah awal tahun baru tiada cuti umum dan pastinya ramai yang hanya menyambut tahun baru dipejabat dengan ucapan dan semangat baru. Bulatkan azam dan tekad agar pengalaman pahit tahun lalu tidak kembali dan mencatatkan azam tahun 2008 dengan lebih dinamik dan sistematik. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive