Thursday 17 January 2008

PROJEK HOMESTAY DAN INDUSTRI KAMPONG

15 Jan 2008. Sekarang projek penginapan Homestay, satu produk satu kampung dan industri kampung mula mendapat tempat dikawasan luarbandar. Boleh dikatakan ianya memberi pendapatan kepada penduduk kampung terutamanya berhampiran dengan tempat menarik pelancongan. Ramai juga penduduk kampung secara bergotong royong mengadakan projek homestay dengan nilai tambah dengan mengadakan produk makanan tradisi, ternakan dan kraftangan. Projek homestay seperti di Kanchong Darat Selangor, Kg Raga di Yan Kedah mempunyai ciri-ciri nilai tambah, melibatkan persendirian dan Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung. Pelbagai program diatur seperti program motivasi, kepimpinan dan agama dianjurkan mengikut keperluan pengguna. Ada juga homestay sebagai tempat penginapan bagi menggantikan hotel/rumah tumpangan dan ianya diurus secara persendirian terutamnya dikawasan tidak ada kemudahan penginapan. Projek ini biasanya di pinggir bandar, kampung, tepi pantai dan dikawasan pendalaman. Pengguna mengunakan kemudahan rumah yang dijadikan tempat penginapan masing-masing dengan bayaran yang murah dan dengan suasana santai.
Pada 15 Jan 2008 aku menemani anak kedua dan rakannya membuat tinjauan dan perbincangan terakhir projek KORIKULUM Siswa Niaga di kampung Raga Yan Kedah. Projek ini adalah sebagai projek luaran bagi mendapat pemerhatian dan pengalaman projek Home Stay dan Industri hiliran di kampung-kampung dan luarbandar. Dari Sintok jam 1430, kami bergerak ke Yan dan perjalanan mengambil masa hampir 1 jam dengan jarak hampir 80 km melalui jalan tepi pantai. Di Yan kami ke Pejabat Daerah Yan dan seterunya berjumpa Koordinator Ketua JKK Kg Raga En Fissol dan mereka telah membuat perbincangan bagi keperluan lawatan. Selepas itu kami ke Kg Raga untuk membuat tinjauan kawasan dan kami singgah di Homestay Al Hidayah milik Cikgu Rodzi, kami juga bertukar fikiran mengenai projek homestay kendalian beliau dan mendapat maklumat mengenai lawatan pada 18 hingga 19 Jan 2008. Beliau memaklumkan projek ini dikendalikan oleh Ketua JKK Kg dan inya akan diatur susun mengikut keperluan dan objektif projek Siswa. Kumpulan mereka akan melawat Projek Kilang Citautara di Pumpong, seterusnya tiba di kampung Raga pada petangnya dan mengikuti program diatur dengan penginapan di rumah ibu/bapa angkat, keesokan selepas makan tengahari mereka bertolak balik dan singgah di Home n ILab diJitra melawat kilang komponen eletronik.
Berbalik kepada projek Homestay Kg Raga, jika ingin membuat lawatan/program ianya digalakan dibuat semasa musim buah-buahan kerana suasana kampung di Kaki Gunung Jerai yang nyaman dan banyak pokok buah-buahahn seperti durian, rambutan dll. Secara peribadinya projek ini boleh memberi pendapatan kedua selain dari kerja utama penduduk kampung, persoalannya adakah projek ini dapat diuruskan dengan professional kerana kebanyak tempat yang dijadikan projek semakin kurang diberi perhatian oleh penduduk disebabkan masalah kekurangan tenaga muda yang berminat dan juga kemahiran membuat makanan tradisonal dan juga kraftangan. Banyak anak-anak muda berhijrah kebandar kerana mendapat gaji yang lebih atau belajar disekolah, kolej atau universiti. Ramai juga naka muda dan surirumah keluar bekerja di kilang atau pejabat bandar berhampiran dan yang tinggal hanyalah warga emas dan surirumah yang setia menjaga kampung dan kurang berkemampuan mengendalikan projek yang lebih besar risikonya. Didapati juga projek ini hanya gah diperingkat awal dan semakin menurun kualitinya disebabkan masalah pengurusan dan juga dana/bantuan kerajaan. Wasaalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive